Halal Executive Training Featured Image
|

Halal Executive Training

Halal Executive Training adalah latihan yang wajib di hadiri oleh seorang halal executive yang bekerja di dalam satu organisasi/syarikat yang telah mendapat sijil halal JAKIM.

Mengikut Skim Pensijilan Halal Malaysia, syarikat hendaklah memenuhi syarat pensijilan mengikut skim yang dipilih dan hendaklah melantik seorang halal executive yang juga mesti mempunyai sijil halal executive.

Sijil tersebut mesti di keluarkan oleh Halal Professional Borad atau HPB yang di iktiraf oleh JAKIM.

Apakah Itu Halal Executive?

Halal Executive ertinya individu yang bertanggungjawab dalam memastikan pematuhan halal di sesebuah syarikat atau premis. Eksekutif Halal hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Seorang eksekutif halal yang bertauliah hendaklah menguruskan pensijilan halal syarikat dan mengawal sistem jaminan halal / Halal Assurance System syarikat agar kredibiliti halal dapat di laksanakan sepenuhnya.

 

Register Halal Executive Training
sponsored

 

DAFTAR KURSUS EKSEKUTIF HALAL / REGISTRATION FOR HALAL EXECUTIVE TRAINING

Ini termasuk:

  • Membuat permohonan halal dan pembaharuan halal syarikat
  • Memastikan tiada bahan mentah yang tidak halal digunakan
  • Memastikan hanya mengeluarkn produk yang halal sahaja
  • Memastikan latihan kepada kakitangan diberikan secukupnya seperti halal awareness training dan halal competency training
  • Memastikan dokumen-dokumen berkaitan halal di simpan dengan baik dan di kemaskini
  • Bertanggungjawab untuk melaksanakan audit dalaman
  • Menjadi individu yang akan berkomunikasi dengan pihak berkuasa seperti JAKIM, JAIN dan MAIN.

Syarat-syarat ini mestilah mengikut ketetapan yang dis ebut di dalam MPPHM 2020.

Syarat-syarat Halal Executive

Berdasarkan MPPHM 2020, seorang Halal Executive adalah layak melaksanakan tugas sebagai Executive halal apabila memenuhi syarat berikut:

  1. Beragama Islam;
  2. Warganegara Malaysia;
  3. Berjawatan tetap (Mempunyai kontrak kerja berjawatan tetap daripada majikan);
  4. Berkelulusan minimum Diploma Pengurusan Halal atau mana-mana kelulusan yang setaraf dengannya atau berpengalaman dalam pengurusan halal sekurang-kurangnya lima (5) tahun; dan
  5. Memiliki Sijil Eksekutif Halal daripada Penyedia Latihan Halal yang berdaftar di bawah HPB JAKIM.

Halal Executive Training 2023

Halal executive training 2023 atau latihan eksekutif halal hanya boleh di laksanakan oleh organisasi yang di lantik dan di iktirah oleh Halal Professional Board (HPB) JAKIM.

Organisasi yang di lantik ini dikenali sebagai Penyedia Latihan Halal (PLH).

Bagi Halal Executive Training, terdapat 32 organisasi yang di iktiraf oleh HPB untuk mengendalikan Kursus eksekutif halal iaitu:

(Kemaskini 2021)

  1. Universiti Teknologi Malaysia
  2. Kolej Uniti
  3. Universiti Sains Islam Malaysia
  4. International Islamic Universiti Malaysia (IIUM)
  5. University Of Malaysia (UM)
  6. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  7. Kolej Universiti Agrosains Malaysia
  8. Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL)
  9. University of Kuala Lumpur (UNiKL)
  10. Universiti Teknologi MARA (UITM) (ACIS) & (MITRANS)
  11. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – www.ukm.my
  12. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  13. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
  14. Cyberjaya University of Medical Halal Science Centre (CUCMS)
  15. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  16. Sirim Behad
  17. Management & Science University Shah Alam (MSU)
  18. Halal Industry Development Corporation (HDC)
  19. GAE Resources Sdn Bhd (HALAL ACADEMY)
  20. Politeknik Metro Kuantan
  21. Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS)
  22. Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS)
  23. Politeknik Sultan Sirajuddin
  24. Politeknik merlimau Melaka
  25. JCP Professional Services Sdn Bhd
  26. PIJ Halal Ventures Sdn Bhd
  27. Upaya Vista Sdn bhd
  28. Kazai Innovative Ideas Solution
  29. Oceania Halal Academy
  30. Global Haltech Sdn Bhd (GH)
  31. Exclusive Continent Sdn Bhd
  32. Universiti Putra Malaysia (UPM)

Modul Latihan

Kursus Eksekutif Halal mengandungi 5 Modul utama yang telah di rangka oleh pihak HPB JAKIM yang mengandungi:

  • MODULE 01: HALAL MANUAL AND RECORDS ADMINISTRATION
  • MODULE 02: INTERNAL HALAL COMMITTEE (IHC) PROGRAM ADMINISTRATION
  • MODULE 03: HALAL QUALITY ASSURANCE X
  • MODULE 04: HALAL CERTIFICATION PROCESS ADMINISTRATION
  • MODULE 05: INTERNAL HALAL AUDIT FACILITATION

Pemarkahan Gred Kelulusan

Kelulusan latihan bergantung kepada gred markah yang di kira berdasarkan kiraan berikut:

  • Distinction – Markah 80 – 100%
  • Merit – Markah 65 – 79%
  • Pass – 50 – 64%

Pemarkahan markah bergantung kepada 4 faktor ini iaitu:

  • Group Assignment 50%
  • Individual Assignment 15%
  • Examination 30%
  • Attendance 5%

Sijil Halal Executive

Sijil Halal Executive akan di terima oleh individu yang telah menjalan latihan selama 10 hari atau mengikut modul yang di tetapkan oleh pihak HPB.

Tiada tempoh luput sijil setakat ini yang diterima daripada pihak HPB.

Sijil Halal Executive memberi nilai tambah kepada mereka yang bekerja di bidang makanan samada Perkhidmatan makanan mahupun pembuatan makanan.

Kelebihan ‘Certified Halal Executive

Di dalam industri halal, sememangnya individu Certified Halal Executive mempunyai kelebihan yang besar.

Ini adalah kerana kebanyakan kakitangan yang bekerja di dalam syarikat yang mempunyai pensijilan Halal Malaysia masih kurang mempunyai sijil ini.

Sijil ini bukan sahaja diterima pakai di Malaysia. Ia juga di iktiraf di luar negara bilamana syarikat di luar negara di iktiraf halal oleh JAKIM, mereka juga memerlukan kakitangan yang di iktiraf sebagai Halal Executive.

Kelebihan Certified Halal Executive:

  • Peluang pekerjaan yang lebih besar.
  • Peluang mendapat gaji yang lebih kerana kemampuan “extra” dalam menguruskan permohonan halal
  • Layak membuat audit halal dalaman
  • Layak memberi latihan berkaitan halal di dalam organisasi
  • Layak untuk mengambil Certified Halal Internal Auditor
  • Layak menceburi pekerjaan di luar negara. Terutama di syarikat abbatoir iaitu pusat sembelihan

Harga Yuran Halal Executive Training

Yuran latihan bagi halal executive training berbeza mengikut syarikat penyedia latihan. Harga yuran bergantung kepada jenis latihan yang di anjurkan samada secara kelas fizikal atau atas talian / online.

Kursus eksekutif halal boleh di daftar dengan yuran serendah RM 500 sehingga boleh mencecah RM 4,500.

Syarikat GAE resources sdn bhd menawarkan kursus ini dengan harga RM 1,000 sahaja melalui pembelajaran sepenuhnya melalui Online Virtual Learning.

Dan semasa PKP, mereka membuat promosi 50% diskaun menjadi RM500.

Kesimpulan

Certified Halal executive training adalah ‘added advantage’ kepada individu yang bekerja di dalam industri makanan baik di dalam mahupun di luar negara.

Industri halal kian membangun dan mendapat sambutan yang menggalakkan di seluruh dunia seiring dengan permintaan terhadap produk makanan global yang semakin mengingkat.

Kapasiti individu yang mahir dalam pensijilan halal sekarang masih jauh di bandingkan dengan pasaran halal global yang di anggarkan bernilai USD 3 Triliun pada masa kini.

Sekiranya sijil eksekutif halal tidak direbut sekarang, kemungkinan kelak modul pembelajaran akan bertambah susah dan akan banyak lagi syarat-syarat baru diperkenalkan oleh JAKIM.

Similar Posts

2 Comments

  1. Salam, saya ingn bertanya ,jika saya pelajar separuh masa, ada diskaun ke untuk krusus ini?

Comments are closed.