berapa Harga Kursus Pengendalian Makanan
| | |

Harga Kursus Pengendalian Makanan

Harga kursus pengendalian makanan adalah soalan yang selalu dipertanyakan sehingga hari ini. Walaupun ia telah dinyatakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sejak tahun 1985 ia di perkenalkan.

Kekliruan sering terjadi apabila ada syarikat atau ejen sebagai orang tengah yang mengenakan bayaran melebihi harga yang ditetapkan yang boleh mencecah 4 kali ganda harga sebenar.

Penetapan Harga Kementerian Kesihatan Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia atau KKM menerusi Biro Keselamatan dan Kesihatan Makanan (BKKM) sebenarnya telah meletakkan harga iaitu RM50 seorang.

Harga ini tidak pernah berubah sejak pengenalan kursus ini pada tahun 1985.

Sungguhpun harga sudah tidak relevan lagi dengan mengambil kira peningkatan kos di Malaysia, namun KKM mengambil kira juga kemampuan peniaga-peniaga mikro yang juga wajib menghadiri kursus ini.

Harga Kursus Pengendalian Makanan

KKM membenarkan Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) untuk mengenakan bayaran melebihi kadar yang di tetapkan namun begitu, alasan yang digunakan mestilah masuk akal dan bersesuaian.

Harga kursus pengendalian makanan yang di anjurkan di Hotel sudah tentu berbeza dengan harga yang di anjurkan di ruanga kelas yang hanya menggunakan kipas dengan tiada makanan di sediakan.

KKM membenarkan penganjur mengenakan bayaran melebihi kadar yang di tetapkan sekiranya ini berlaku.

Harga Kursus Pengendalain Makanan Online

Kursus pengendalian makanan online di perkenalkan sejak May 2020 di mana pandemik covid19 melanda seluruh negara. Semua rakyat Malaysia di arahkan untuk duduk di rumah.

Hasilnya, rakyat mula berniaga makanan yang memberi kesan peningkatan keracunan makanan sehinggakan ada yang melibatkan nyawa.

Akan tetapi kursus ini tidak dapat di jalankan kerana tidak di benarkan untuk menganjurkan program berkumpulan malah bisnes juga terpaksa di hentikan.

Oleh sebab itu, BKKM mengambil inisiatif untuk melaksanakan juga kursus ini secara atas talian.

Harga kursus di tetapkan RM50 per orang. Namun begitu, SLPM boleh mengenakan bayaran tambahan bagi mengendalikan pengeposan/courier sijil kepaa peserta.

Harga Kursus Pengendalain Makanan Fizikal (Bersemuka)

Bagi kursus secara fizikal, kami di Al Barakah Training Solution mengenakan yuran sebanyak RM50 + RM10 sebagai tambahan fi pengurusan.

Syarikat juga boleh memilih untuk menjemput kami untuk mengadakan kursus di tempat syarikat. Ini memudahkan pengurusan pekerja.

Akan tetapi kami hanya menetapkan minima 10 orang peserta sahaja.

Sekiranya syarikat mempunyai kurang daripada peserta 10 orang, perundingan harga perlu dipertimbangkan dengan pihak kami.

Sekiranya memerlukan latihan secara In-house, sila pilih “Kursus Secara In-house” pada topik Kursus Pengendalian Makanan.

Kesimpulan

Pihak syarikat perlu tahu harga kursus pengendalian makanan agar tidak di tipu oleh syarikat atau ejen-ejen yang bertindak sebagai orang tengah yang mengaut keuntungan berganda.

Ini akan mengakibatkan syarikat kerugian. untuk menyemak syarikat-syarikat yang sah berdaftar dengan BKKM, boleh semak di laman web direktori kursus pengendalian makanan.

 

Similar Posts