Pengenalan Kursus

Daftar Kursus Pengendali Makanan hari ini dan dapatkan sijil kursus latihan pengendali makanan dalam tempoh 24-48 Jam secara Online, In-house atau kelas fizikal. Sijil pengendali makanan yang di perolehi adalah sah selamanya.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mewajibkan kursus ini seperti yang di nyatakan di dalam Akta Makanan 1983 di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Sijil Kursus Pengendalian Makanan ini hanya boleh di keluarkan oleh syarikat yang di lantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Al Barakah Training Solution Sdn Bhd merupakan syarikat yang di lantik untuk menganjurkan latihan pengendali makanan ini dengan Nombor Siri: A/B/025

Pekerja yang mengendalikan makanan tanpa menghadiri Khusus Pengendali Makanan, sekiranya di dapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara maksima 2 Tahun atau denda RM10,000 atau keduanya.

Perniagaan juga berisiko untuk diarahkan tutup selama 14 Hari sekiranya di dapati pekerja tidak mematuhi garis panduan yang di tetapkan.

Sasaran Peserta Kursus Pengendali Makanan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewajibkan semua pengendali makanan yang mengendalikan makanan samada secara langsung atau tidak langsung untuk menghadiri kursus ini sekali seumur hidup dengan syarikat yang berdaftar.

Terdapat banyak kategori yang di kenali sebagai pengendali makanan yang di sasarkan oleh KKM termasuk:

  • Pekerja Restoran
  • Pekerja Kafe
  • Pekerja kilang makanan dan minuman
  • Pekerja Tadika, Taska & Tabika
  • Pekerja di pusat jagaan
  • Kakitangan dapur hospital yang mengendalikan makanan
  • Pramugari dan Pramugara yang menghidangkan makanan di pesawat
  • Pekerja kantin sekolah, kantin asrama, kolej dan universiti
  • Semua pekerja katering
  • Peniaga dan penjaja di tepi jalan
  • Peniaga pasar malam, pasar pagi, pasar tani & pasar borong
  • Penjual Ais krim bermotor
  • Peniaga Food truck

Peniaga Makanan Dari Rumah atau Homebased

Bermula May 2020, KKM telah mewajibkan juga peniaga yang menyediakan makanan dari rumah untuk jualan untuk mendapatkan sijil kursus latihan pengendali makanan.

Pandemik COVID19 menyaksikan bertumbuhnya peniaga atau seller online yang menjual makanan kerana desakan berhenti kerja dan permintaan yang mendadak naik kerana rakyat Malaysia terpaksa tinggal di rumah (Work From Home).

Ekoran dari ini, terjadinya kes puding telur yang mengakibatkan kematian di terengganu dan hasilnya KKM mewajibkan peniaga dari rumah untuk hadir juga kursus pengendali makanan agar ilmu tentang kebersihan makanan dapat di pelajari.

Nota Modul Kursus Pengendalian Makanan Malaysia

Nota kursus pengendalian makanan boleh di dapati dengan memuat turun (Download) melalui link yang diberikan. Format yang akan di muat turun adalah dalam bentuk PDF

Nota Kursus Pengendalian Makanan

Download Nota Kursus Pengendalian Makanan (Format: .pdf  |  Saiz : 17.5MB)

SURVEY : 90% RESPONDEN MEMILIH KURSUS SECARA ONLINE

Daftar Kursus Pengendalian Makanan Online Hari Ini

Kandungan Kursus

Modul Kursus Pengendali Makanan terbahagi kepada 4 seksyen yang berlangsung selama 3 jam

  • Undang-undang dan peraturan makanan
  • Kebersihan Makanan
    • Amalan pengendalian makanan yang buruk dan baik
    • Program kawalan premis dan perosak
  • Keselamatan makanan
    • Pemilihan, pengendalian dan cara menyimpan makanan mentah.
    • Pencemaran silang
    • Membungkus dan menghidangkan makanan
  • Faktor-faktor kritikal keracunan makanan

Hasil Pembelajaran

Setelah tamat kursus ini, peserta akan:

  • Menerangkan kepentingan keselamatan dan kebersihan makanan
  • Ringkaskan tanggungjawab undang-undang pengendali makanan dan pengendali perniagaan makanan
  • Mengenal pasti dan terangkan jenis bahaya makanan yang boleh menjejaskan kesihatan manusia dan cara untuk menghapuskannya
  • Meminimumkan / mencegah pencemaran silang
  • Mengaplikasikan amalan Good Manufacturing Practice (GMP) dan Good Hygiene Practice (GHP) di premis makanan

Tempoh Latihan

3 Jam

Bahasa Digunakan

English & Bahasa Malaysia

Pilihan Latihan

Public & In House

Siapa Yang Patut Menghadiri Kursus Ini?

Secara umumnya, semua pengendali makanan yang mengendalikan makanan di Malaysia WAJIB untuk menghadiri Kursus Pengendalian Makanan.

Pengendali makanan di sini bermaksud siapa sahaja yang mengendalikan makanan secara langsung atau tidak langsung untuk tujuan komersial.

Ini termasuk dan tidak terhad kepada:

  • Industri Pembuatan Makanan
  • Kedai Makanan (kantin sekolah, kiosk, gerai, medan selera, restoran, pasar, pasar malam dan lain-lain),
  • Perkhidmatan hospitaliti seperti hotel/resort, Dapur Hospital dan Dapur PLKN
  • Taska, Tadika, Pusat jagaan kanak-kanak, Pusat Jagaan dan kebajikan
  • Semua jenis katering termasuk katering minyak & gas luar pesisir
  • Pasaraya

Penyedia Latihan Berdaftar & Bertauliah

PROFILE TENAGA PENGAJAR

MRS. SITI MUNIRAH

Training Consultant

Professional Certification

  • Certified Halal Facilitator by MIHA-JAKIM and competent in various halal & Food Safety matters
  • Certified Halal Internal Auditor by Halal Professional Board (HPB)
  • Certified Halal Executive by Halal Professional Board (HPB)
  • Certified Food Handling Trainer by MOH | HRDC Certified Trainer.
  • Vocational Training Officer
  • Sijil Kemahiran Malaysia

Working Experience

  • Past experience: Nando’s, QSR, Starbucks, GSC etc
  • Area of expertise: F&B HACCP, Pest Control Management, MeSTI, GMP and halal.

Soalan - Soalan Lazim