APA ITU PENJANA100+ HALAL PKS?
Program PENJANA100+ HALAL PKS merupakan sebuah program jangka masa panjang dan memerlukan integrasi dan kerjasama dari 3 Kunci utama iaitu Graduan Universiti, Usahawan Mikro & PKS dan Organisasi dana sokongan.
” Anggaran pasaran halal global adalah RM 7 Trilion. Namun, hanya RM 40 Bilion sahaja nilai export daripada Malaysia. Daripada nilai ini pula, hanya 13% adalah dari produk makanan. ”
3 KUNCI UTAMA PENJANA100+
Re-Skill
Memberi pendedahan lapangan industri kepada graduan halal dalam mengendalikan pengurusan Halal dalaman.
Mikro & PKS
Membantu 100+ perniagaan mikro & PKS yang berpotensi untuk mendapatkan pensijilan halal & MeSTI bagi tahun 2022.
Subsidi
Menggabungkan organisasi, individu, agensi dan institusi kewangan yang mempunyai aspirasi yang sama untuk memberi bantuan kewangan.
Misi Program
Malaysia sebagai pengeluar produk makanan halal #1 Dunia pada 2030.
Objektif Program
- Meningkatkan bilangan perniagaan mikro & PKS mendapatkan Pensijilan Halal Malaysia & MeSTI
- Menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara serta membuka peluang pekerjaan yang lebih banyak.
- Meningkatkan tahap kemahiran graduan lepasan universiti jurusan halal dan meningkatkan peluang kerjaya Halal.
Manfaat Program
- Memperoleh Pensijilan Halal & MeSTI yang memudahkan produk untuk akses kepada pasaran yang lebih luas.
- Fi perundingan bersubsidi sehingga 50% menjadikan kos anda 70% lebih rendah dari harga pasaran
- Bimbingan profesional yang akan bantu anda membangun susun atur premis, rekod & sistem.
Mewujudkan Peluang Pekerjaan
Di Malaysia dan di luar negara...
Seramai 40,000 graduan industri halal keluaran universiti tempatan setiap tahun semenjak program halal di perkenalkan. Pada hari ini, hanya 30,000 sahaja yang mendapat pekerjaan.
Kenapa anda perlu memohon untuk Program ini?
Ini yang bakal anda perolehi dengan menyertai program ini.
Anda akan di bantu oleh pegawai yang bertauliah dan berpengalaman yang akan membantu perniagaan anda untuk mendapatkan pensijilan Halal Malaysia. Bimbingan dan nasihat merangkumi aspek susunatur di dalam premis, keselamatan makanan, sistem dokumentasi, penggunaan Sistem MyeHalal, Pengauditan dan latihan.
Kos perkhidmatan adalah di tanggung oleh bantuan subsidi sebanyak 50% atau maksima RM5,000.
Latihan & Bimbingan 1-ON-1 berkaitan pengurusan halal akan diberikan secara percuma.
Sistem dokumentasi yang bersistematik dan teratur memudahkan pengurusan halal jangka masa panjang.
Semua pemohon layak mendapat diskaun 20% kepada program latihan syarikat Al Barkah Training Solution yang terpilih.
Layak mendapat akses Portal Halal Masterclass secara PERCUMA. Panduan Online Learning menguruskan permohonan halal.
Kelayakan Program Penjana 100+ Halal PKS
- Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Beroperasi di premis perniagaan
- Mempunyai Lesen dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
- Telah beroperasi lebih daripada 3 Bulan
- Mempunyai 2 orang staf/kakitangan beragama Islam.

Pasukan Kami Yang Akan Membimbing Anda
Kami akan membimbing anda mendapatkan pensijilan Halal dan MeSTI dengan pengalaman 12 tahun di dalam industri.

Abdul Fazmin
Position : Managing Director

Siti Munirah
Position : Training Consultant

Nur Syahirah
Position : Halal Consultant
Dengan perkhidmatan latihan & perundingan yang telah kami tawarkan sejak 2009, kami akan terus fokus dalam menyampaikan perkhidmatan kami yang berharga kepada pelanggan kami.
SOALAN LAZIM
Program ini terbuka kepada perniagaan jenis Restoran, Kafe, Kiosk, Pembuatan produk makanan dan minuman sahaja.
Kesemua perniagaan mestilah menjual produk yang halal sahaja.
Program ini di tawarkan kepada semua perniagaan yang di daftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tanpa mengira bangsa mahupun status bumiputra. Namun begitu, syarat-syarat yang dinyatakan mesti dipenuhi bagi melayakkan mengikuti program ini.
Pemohon akan melalui beberapa sesi tapisan bagi memastikan pemohon benar-benar layak untuk mendapatkan pensijilan halal dan juga layak menerima subsidi. Komitmen dan kesediaan premis sangat penting dan di ambil kira dalam proses kelulusan.
Ya.
Bagi tahun 2022, kami mensasarkan kepada hanya 100~150 syarikat sahaja dan ini tertakluk kepada ketersediaan dana subsidi.
Permohonan akan di tutup apabila sasaran 100~150 syarikat memohon terlah di penuhi. Link permohonan bagi tahun 2022 akan di nyah-aktif.