PERKHIDMATAN YANG KAMI TAWARKAN

HALAL CONSULTANT

Merupakan Halal Consultant Sejak 2009 dan telah membimbing industri produk makanan untuk mendapatkan pensijilan halal daripada syarikat IKS, hotel dan syarikat GLC.

Sama ada membuat permohonan baharu, pembaharuan atau melatih kakitangan syarikat mengurus sistem halal, Team kami mampu menyelesaikannya.

Kami sebagai Halal Consultant yang di iktiraf oleh Malaysia International Halal Academy (MIHA) menawarkan bantuan berikut untuk anda mendapatkan pensijilan halal.

  • Geran Pensijilan Halal oleh MARA
  • Subsidi PENJANA100+ Halal PKS

PROGRAM LATIHAN

Al Barakah Training Solution Sdn Bhd merupakan syarikat di iktiraf oleh Human Resource Development Corporation (HRDC) dan juga Lesen Kementerian Kewangan (MOF) telah melatih industri pembuatan makanan dan F&B sejak 2009.

Kami telah melatih lebih 27,000 peserta diseluruh Malaysia dan di barisi oleh tenaga pengajar yang mahir dan berpengalaman di dalam industri.

Latihan yang kami tawarkan:

HALAL AUDIT

Ingin dapatkan khidmat pengauditan halal dari pihak ke-3?

Kami berkelayakan untuk memberi perkhidmatan Internal Halal Audit untuk syarikat anda bagi memenuhi garis panduan MPPHM (Domestik) 2020 di mana syarikat yang telah di iktiraf halal hendaklah melaksanakan program audit dalaman.