Amalan Pengilangan Baik atau Good Manufacturing Practice (GMP) memastikan produk dihasilkan dan dikawal secara konsisten mengikut piawaian kualiti, sementara itu, HACCP ialah alat pengurusan risiko yang digunakan terutamanya untuk mengurus risiko keselamatan makanan.
Di Malaysia, Malaysian Standard MS 1514:2009 untuk GMP dan MS 1480: 2019 untuk HACCP, diterbitkan oleh Jabatan Standard.
Program HACCP yang berjaya bergantung pada program prasyarat, seperti amalan pembuatan yang baik (GMP) untuk memastikan pengeluaran produk makanan yang selamat.