Sijil Pengendalian Makanan
| | | |

Sijil Pengendalian Makanan

Sijil pengendalian makanan adalah sijil yang wajib ada bagi semua pengendali makanan di Malaysia tidak kira agama, bangsa dan kewarganegaraan. Sijil ini di berikan kepada individu dan bukan kepada syarikat selepas tamat kursus pengendali makanan online atau secara kelas fizikal selama 3 Jam.

Sijil Pengendalian Makanan KKM

Sijil pengendalian makanan KKM ini penting untuk mengelakkan anda di kenakan denda oleh pihak kesihatan dan ia penting sekiranya anda ingin memohon sebarang lesen perniagaan seperti restoran dengan pihak berkuasa.

Sijil Pengendalian Makanan

Sijil Pengendalian Makanan Hilang?

Sijil ini hanya perlu diperolehi satu kali sahaja selepas tamat kursus. Setelah sijil ini diperolehi, tidak perlu lagi hadir kursus selepas itu. Tiada tempoh tamat sijil seperti sebelum tahun 2009 di mana mesti di hadiri setiap 2 tahun sekali.

Oleh kerana ia perlu hadir sekali sahaja, maka sijil yang dicetak di atas kertas A4 160 GSM ini lama-kelamaan akan rosak, koyak dan paling selalu terjadi adalah – Sijil pengendali makanan Hilang!

Jadi, apa yang perlu di buat sekiranya sijil pengendalian makanan hilang?

Pastikan anda ikuti langkah ini yang mungkin boleh menjumatkan masa dan wang anda:

  • Hubungi semula syarikat di mana anda hadir kursus pengendalian makanan. Minta mereka cetak semula sijil. Hasilnya anda hanya perlu membayar sedikit bayaran dan tidak lagi perlu hadir kursus pengendalian makanan selama 3 jam dan bayar lagi RM50.
  • Sekiranya syarikat yang menganjurkan kursus tersebut sudah tutup atau anda tidak ingat sayrikat yang memberi anda sijil kursus pengendalian makanan tersebut, maka anda tidak ada cara lain iaitu dengan daftar kursus pengendalian makanan semula.

Nak dapatkan sijil pengendali makanan dengan yuran subsidi? – Gunakan kod kupon PENJANA2030 semasa daftar kursus pengendali makanan online dengan kami untuk potongan 20% di di biaya oleh subsidi program PENJANA100+ Halal PKS.

Ada beberapa syarat yang perlu di ikuti semasa mengikuti kursus pengendalian makanan online yang tidak sama dengan kursus pengendalian makanan kelas fizikal atau bersemuka. Boleh baca syarat extra kursus pengendalian makanan online.

Sijil kursus pengendalian makanan hilang boleh di perolehi semula dengan cara ini dan nasihat kami untuk buatkan salinan softcopy sendiri dan simpan di email atau fon untuk kegunaan di masa hadapan.

Contoh Sijil Pengendalian Makanan

Kesimpulan

Setiap pengendali makanan atau Food handler di Malaysia seharusnya mempunyai sijil pengendalian makanan sendiri yang tidak di biaya oleh majikan. Apabila berada dalam industri perkhidmatan makanan, memang akan sentiasa bertukar tempat kerja.

Ia lebih mudah apabila sijil tersebut ada di tangan sendiri dan tidak perlu pening kepala untuk memujuk dan meminta sijil daripada majikan yang tidak berpuas hati kerana anda hendak meninggalkan tempat kerja sedangkan majikan telah menghabiskan duit membayar Yuran Kursus dan Suntikan Typhoid.

Kami di al Barakah training solution telah menyimpan salinan sijil pengendalian makanan peserta sejak 2009. Sebab itu mudah bila memilih kursus pengenalian makanan di Al Barakah training solution kerana anda pada bila-bila masa boleh meminta kami untuk mencetak semula sijil anda.

Tidak perlu risau kena hadir kursus lagi!

Similar Posts