Kursus Pengendalian Makanan
|

Kursus Pengendalian Makanan – Info Lengkap

Kursus Pengendalian Makanan atau dalam istilah bahasa inggeris selalu di sebut ‘Food Handler Course‘ adalah sebuah program latihan yang paling asas dalam Program Jaminan Keselamatan Makanan PJKM yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sekitar tahun 1983.

Nota: Kursus ini juga selalunya di panggil dengan istilah Kursus KKM, Kursus Pengendalian Makanan KKM, Kursus Penyediaan Makanan, Sijil Kursus Latihan pengendalian Makanan, Food Handling Course, Food handler training dan macam-macam lagi.

Penting untuk tahu, sijil kursus pengendalian makanan ini sebenarnya hampir semua negara dalam dunia ni buat. Cuma di negara lain kursus ini dipanggil dengan nama yang berbeza-beza.

Sebab kursus ni sangat penting untuk menjamin keselamatan dan kebersihan makanan. Contoh di australia ada Food Handler Training yang di wajibkan oleh Kerajaan mereka melalui Food Standards Australia

Program PJKM ini dibangunkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan di masukkan ke dalam Akta Makanan 1983.

Sungguhpun ia telah diperkenalkan sejak dari tahun 1983, namun begitu sehingga kini masih ramai peniaga-peniaga makanan yang juga di sebut pengendali makanan ini tidak pernah hadir ke kursus ini.

Kami pernah membuat menjalankan kursus di daerah Klang, Selangor di mana pemilik restoran tersebut tidak pernah tahu menahu tentang kursus ini walaupun sudah berniaga lebih dari 15 tahun!

Mudah-mudahan penjelasan yang panjang, padat dan detail ini dapat memberi kesedaran masayarakat dan peniaga makanan khususnya untuk mendapatkan Sijil Pengendali Makanan ini secepat mungkin.

Poster Daftar Kursus Pengendalian Makanan

Apa Itu Kursus Pengendalian Makanan?

Kursus pengendalian makanan ialah latihan yang di bangunkan khas oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Tujuan kursus pengendalian makanan ini adalah untuk mendidik masyarakat Malaysia, khususnya di bahagian komersial untuk mengendalikan makanan dengan cara yang betul dan selamat.

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan (BKKM) yang ditubuhkan oleh KKM bertanggungjawab untuk memastikan program latihan ini berjalan dengan berkesan dan menyeluruh.

BKKM ini pula tidak mempunyai kapasiti untuk menjalankan kursus ini dengan sendiri. Oleh yang demikian, Kursus Pengendalian Makanan ini di swastakan menjadi Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM).

Tugas BKKM adalah mengawal selia SLPM agar menjalankan kursus ini dengan mengikuti garis panduan yang ditetapkan oleh mereka.

Semua pengendali makanan diwajibkan untuk menghadiri kursus pengendalian makanan dan mendapatkan suntikan typhoid. Kegagalan mematuhi peraturan yang ditetapkan sekiranya disabitkan kesalahan di bawah Akta tersebut boleh dihukum penjara tidak melebihi 2 tahun atau denda tidak melebihi RM 10,000 atau keduanya sekali.

Akta Kebersihan Makanan 1983 – Peraturan-peraturan kebersihan makanan 2009,

Syarikat-syarikat yang memenuhi syarat boleh memohon sebagai Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang di iktiraf. Permohonan hendaklah dibuat menerusi BKKM sahaja.

Pada ketika ini, terdapat sebanyak 337 buah syarikat yang telah di iktiraf sebagai SLMP di seluruh Malaysia. (Dikemaskini pada 20 April 2020)

Al Barakah training solution merupakan salah satu syarikat yang di iktiraf sebagai Sekolah Latihan Pengendali Makanan sejak tahun 2009 dengan nombor siri SLPM A/B/025

Tujuan kursus pengendalian makanan ini adalah memberi pendidikan kepada pengendali makanan untuk menyediakan makanan dengan betul dan selamat agar pengguna tidak terkena jangkitan bawaan makanan.

Sekiranya pengendalian makanan tidak di amalkan dengan baik, kes keracunan makanan akan terus meningkat naik dari tahun ke tahun. Untuk Malaysia ke arah negara maju, kes keracunan makanan yang boleh dan mampu di kawal seharusnya di kawal dengan baik.

Tanda aras bagi sebuah negara maju adalah dengan berkurannya penyakit dan wabak yang boleh dikawal termasuklah keracunan makanan.

Ini adalah tujuan kursus pengendalian makanan yang utama iaitu membangun Malaysia ke arah negara maju.

Di negara-negara membangun seperti afrika, perkara-perkara ini kurang diberi perhatian. Mungkin mereka ada program latihan seperti ini tetapi tidak berkuatkuasa sepenuhnya.

Tujuan kursus pengendalian makanan yang lain adalah seperti:

  • Memberi pendedahan kepada pengendali makanan untuk mengendalikan makanan dengan baik dan selamat
  • Mengurangkan risiko keracunan makanan
  • Menjamin makanan yang berkhasiat di hidangkan atau di jual di pasaran
  • Memberi jaminan keselamatan makanan kepada pelancong yang datang ke negara Malaysia
  • Menjaga imej negara dengan pelancong dapat menikmati makanan yang bersih, selamat dan berkualiti

Kursus Pengendalian Makanan Online (Kemaskini 2022)

 

Sesi Kursus Pengendali Makanan Zoom

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini telah meluluskan pengajaran kursus ini secara atas talian / online sepenuhnya.

Namun begitu, kursus pengendali makanan online ini hanya boleh memuat seramai 20 peserta sahaja bagi setiap sesi.

Antara syarat-syarat kursus pengendalian makanan online ialah:

  • Mesti menggunakan Laptop, Tablet atau Telefon Pintar
  • Mesti mempunyai akses internet yang stabil dan quota internet yang mencukupi
  • Mesti hadir sepanjang tempoh kursus
  • Tidak boleh membuat aktiviti lain semasa kursus (Cth: Memandu, memancing ikan dll.)
  • Satu “device” untuk satu peserta sahaja.
  • Wajib “ON” video sepanjang masa kursus.
  • Mesti menjawab Soalan PRA dan POS beserta kuiz yang diberikan semasa kursus.

Setelah selesai kursus, sijil kursus pengendali makanan akan di pos kepada peserta setelah rekod markah PRA dan POS disemak dan lulus.

Kos courier sijil kursus pengendalian makanan adalah di tanggung sepenuhnya oleh peserta kursus.

Tenaga Pengajar Kursus Pengendali Makanan

Syarikat tidak boleh memohon sebagai SLPM selagi mana syarikat tersebut tidak mempunyai tenaga pengajar yang di iktiraf oleh KKM.

Ini bermakna, untuk menjalankan kursus pengendalian makanan ini, syarikat perlu berdaftar dengan KKM dan Tenaga Pengejar juga perlu berdaftar dengan KKM.

Hanya Tenaga Pengajar yang telah menjalani kursus kompetensi dan di iktiraf oleh KKM yang layak memberi latihan dan mengajar.

Jadi apa fungsi SLPM?

SLPM adalah pengeluar sijil kursus pengendali makanan manakala tenaga pengajar pula yang akan mengajar kursus tersebut dan menandatangani sijil tersebut.

Kedua-dua SLPM dan Tenaga Pengajar hendaklah di iktiraf oleh KKM.

Tenaga pengajar boleh menubuhkan SLPM sendiri atau bekerjasama dengan SLPM sedia ada secara ‘Freelance’. Tenaga pengajar boleh bernaung di bawah lebih daripada satu SLPM begitu juga SLPM boleh mempunyai seramai tenaga pengajar.

Tenaga Pengajar Kursus Pengendali Makanan
Kad Tenaga Pengajar Kursus Pengendalian Makanan

Tempoh Latihan ini Berapa Jam?

Tempoh masa kursus pengendalian makanan ini memakan masa selama 3 Jam sahaja untuk menyampaikan 4 modul kursus yang di sediakan oleh KKM.

Walaubagaimanapun, program secara keseluruhan mungkin memakan masa 4 jam termasuk pendaftaran, sesi soal jawab dan penyampaian sijil.

BKKM menetapkan tempoh minima bagi kursus ini adalah 3 jam. Sekiranya ada SLPM yang menjalankan kursus pengendalian makanan ini kurang daripada 3 jam, ia merupakan kesalahan dan peserta kursus berhak untuk membuat aduan kepada pihak BKKM berkaitan ini.

Lama ke 3 Jam ni?

Tak lama. Pada awal semasa program ini di jalankan, kursus ini di jalankan selama 8 Jam! Jadi, sangat beruntung kepada kita sekarang kerana tempoh kursus di singkatkan menjadi 3 Jam.

Namun begitu, semasa sesi perbincangan mengemaskini modul latihan bersama pihak BKKM pada bulan Jun 2020, ada cadangan dari pihak BKKM untuk menjadikan kursus ini 4 Jam, namun ia masih di dalam proses perbincangan.

Harga Bayaran Kursus Pengendali Makanan

Harga bayaran kursus pengendalian makanan ini telah di tetapkan oleh BKKM sebanyak RM 50 Sahaja.

Bagi kursus fizikal, kami mengenakan Fi pengurusan tambahan sebanyak RM10 bagi menampung perbelanjaan pengurusan data, nota, sijil dan menyediakan kemudahan dan keselesaan yang terbaik kepada peserta kursus.

Untuk makluman, ini adalah harga bayaran kursus pengendalian makanan yang sama sewaktu program ini diperkenalkan pada tahun 1980-an lagi! Tiada kenaikan semenjak itu.

Dan pada abad ke 2020 ini, harga yang sedemikian dengan isi kandungan yang sangat bermanfaat adalah bukan lagi kategori mampu milik tapi sangat murah.

Makan kat Meknate selamba je 3-4 ratus satu malam.

Kursus RM 50 tak kan la nak berkira.. Ilmu ni!..

Sifu Anonymus

Modul Kursus Pengendalian Makanan

Apa sebenarnya yang di ajarkan dalam kursus ni? 3 Jam pulak tu.

Terus terang sebenarnya tempoh 3 jam ni sebenarnya tidak cukup untuk nak habiskan 4 Topik besar dalam Modul Kursus pengendalian makanan berdasarkan pengalaman kami membimbing lebih 20,000 peserta sejak 2009.

4 Topik utama dalam kursus ni adalah:

1. Pengenalan (Introduction)

Dalam topik pengenalan ini, kami akan bentangkan tentang pengenalan kursus ini. Kenapa ianya penting dan apa akta dan perundangan yang terlibat berkenaan dengan keselamatan makanan ini.

2. Kebersihan Makanan (Food Hygiene)

Topik ini menjelaskan secara umum kepentingan kebersihan makanan. Bagaimana untuk mengamalkan etika yang baik dalam menjamin kebersihan makanan sebagai seorang pengendali makanan yang bertanggungjawab.

3. Keselamatan Makanan (Food Safety)

Ini merupakan topik yang paling penting kerana ia agak teknikal namun ia tidak susah untuk di fahami.

Topik ini berkaitan bagaimana proses dan garis panduan yang perlu di patuhi agar makanan yang dihasilkan selamat untuk di makan.

Ini topik kritikal kerana ia menceritakan pasal perkara-perkara yang boleh mengakibatkan makanan rosak/basi. Dan puncanya adalah dari mikro-organisma yang pada mata kasar kita memang tak nampak.

Di dalam topik ini ada kami bentangkan berkenaan pencemaran silang yang bahaya dan bagaimana risiko pencemaran silang dapat dikurangkan atau tak ada terus.

4. Faktor-faktor Kritikal Keracunan Makanan (Critical Factor of Food Poisoning)

Ini merupakan topik terakhir yang juga sangat penting.

Kami akan jelaskan dengan terperinci apa yang menjadi penyebab keracunan makanan.

Apa yang pengendali selalu buat salah yang menyebabkan makanan cepat basi dari tempoh waktu yang sepatutnya.

Topik BONUS

Kebiasaannya kalau ada waktu extra, kami akan sentuh secara ringkas berkenaan Kepentingan Halal.

Lebih-lebih lagi berkenaan kepentingan pensijilan halal kepada jenama produk.

Ini memang bargantung pada waktu dan mood tenaga pengajar. Kalau peserta pandai ambil hati, boleh la dia ajar 🙂

Biasanya di kelas fizikal sahaja. Kalau Kursus Pengendalian Makanan Online, biasanya tak sempat. Minta Maaf ye.

Sponsored

Ujian Kursus Latihan Pengendali Makanan

Yang ni best!

Walau kursus ni hanya 3 Jam, tapi siap ada 2 set soalan yang peserta kena buat dan mesti lulus.

Pendataan adalah sangat penting untuk menghasilkan statistik.

KKM nak tahu keberhasilan kursus ni kepada peserta. Kefahaman peserta sebelum dan selepas kursus akan dapat disimpulkan daripada soalan PRA dan POS ini.

1. Soalan PRA Kursus Pengendalian Makanan

Soalan ni mesti di jawab oleh peserta pada mula kursus. Semua peserta mesti menjawab soalan ini. Ada 30 soalan yang perlu dijawab oleh peserta dalam masa 5 minit.

2. Soalan POS Kursus Pengendalian Makanan

Kebiasaannya soalan yang sama seperti soalan PRA, cuma ia perlu di jawab pada akhir kursus.

Berapa markah yang pesert perlu dapat untuk melayakkan peserta mendapat Sijil selepas tamat kursus pengendalian makanan?

Peserta mesti dapat 28/30 minimum.

Adoi, kalau tak lulus macam mana?

Jangan risau, tenaga pengajar akan cek semula jawpan yang salah dan terangkan semula. Kemungkinan anda salah faham apay yang di ajarkan. Kami akan perbetulkan semula pemahaman anda dan anda diberikan peluang untuk ambil semula ujian sampai lulus!

Okay sebenarnya nak bagitahu yang ujian yang kami selalu gunakan ni yang paling asas. BKKM sediakan 3 tahap soalan sebenarnya.

Tapi kami biasa guna pada peserta-peserta kursus In-house/on-site di mana kami buat kursus di tempat pelanggan khas untuk kakitangan mereka sahaja.

Kami perlu tengok ‘level’ juga.

Kalau level executive, memang kami akan bagi tahap 3. Soalan adalah soalan jenis objektif, akau tak tahu jawapan memang tak boleh nak jawab tak macam soalah piliha kan.

Tapi kalau general worker seperti foreignor, kami akan bagi yang asas ni sahaja.

Jangan risau, soalan ini mudah sahaja.Yang penting, mesti hadir kursus ini.

Ujian Kursus Latihan Pengendali Makanan

Sijil Kursus Pengendalian Makanan

Okay, dah selesai kursus ni anda akan diberikan sesuatu yang di nanti-nantikan iaitu Sijil Kursus Pengendalian Makanan.

Anda perlu tahu yang kursus ini hanya perlu hadir satu (1) kali sahaja seumur hidup. Sebelum tahun 2009, KKM meletakkan syarat perlu hadir Dua (2) tahun sekali.

Selepas tahun 2009, hanya perlu hadir sekali sahaja.

Ini juga bererti tempoh sah sijil pengendali makanan adalah selamanya, iaitu tiada tamat tempoh.

Sijil Kursus Pengendalian Makanan Hilang?

Apa yang nak di buat kalau Sijil Pengendali Makanan ni hilang?

Jadi, kalau sijil hilang, koyak, rosak, masuk mesin basuh, kene kicap.. macam mana?

Jangan risau, anda boleh hubungi kami di Al Barakah untuk mencetak semula sijil anda.

Nak tahu kenapa kami ada Fi Pengurusan extra RM10? Kami simpan sijil anda di dalam Google Drive yang BERBAYAR, bukan versi free. Lebih selamat.

Dan kami simpan selamanya. 20 tahun lagi anda nak request sijil, ye masih ada dalam simpanan kami 🙂

Ada juga kes di mana anda mesti hadir semula kursus pengendalian makanan ni. Bila pegawai kesihatan KKM sendiri yang memberi arahan kepada anda sebab dah hadir kursus tapi tak mengamalkan apa yang di ajar, tak jaga kebersihan dan ada pula kes keracunan makanan.

Ini penting…

Pastikan sijil kursus pengendalian makanan yang anda dapat daripada Al Barakah Training Solution adalah sijil yang original!

DISCLAIMER:

Kami tidak pernah dan tidak akan menjual sijil tanpa anda hadir kursus. Maaf, it is just not our way of doing business.

Sijil Kursus Pengendalian Makanan

Kejadian pada tahun 2020 di Pahang. Ada individu yang tidak bertanggungjawab memakai sijil logo lama syarikat kami dan menjual sijil pengendali makanan dengan harga RM80~150 untuk satu sijil!

Bayangkan anda bayar RM80~150, tak dapat ilmu.

Bila tiba kena audit dengan kene penguatkuasa kesihatan, sijil pula tidak sah/laku. Rugi bertimpa-timpa!

Daftar Kursus Pengendalian Makanan?

Macam yang kami dah sebut sebelum ini, ada 337 buah SLPM yang boleh anda pilih untuk daftar kursus ni.

Anda boleh pilih syarikat yang dilantik oleh BKKM yang menganjurkan kursus pengendalian makanan yang berdekatan dengan anda sebab dekat. Ada yang aktif dan ada juga yang tidak aktif.

Untuk mendapatkan kepastian dan tidak membuang masa anda eloklah hubungi mereka dahulu dan bertanyakan jadual kursus pengendalian makanan yang mereka tetapkan.

Macam mana nak tahu senarai Sekolah Latihan Pengendali Makanan ni?

Mudah saja, ada 2 tempat anda boleh semak syarikat yang betul-betul di iktiraf.

1. Sekolah Latihan Pengendali Makanan Yang Di iktiraf oleh KKM

Dekat sini ada semua senarai SLPM yang aktif, tak aktif dan yang tak buka pendaftaran untuk umum.

Maksudnya dia buat untuk kakitangan dia sahaja macam QSR Brands hanya buat untuk kakitangan mereka sahaja iaitu KFC, Pizza Hut dan sebagainya.

Jangan pulak anda telefon mereka nak daftar ye.

2. Kursus Pengendalian Makanan Malaysia

Laman web kursus pengendalian makanan malaysia ini pulak memang akan senaraikan semua SLPM yang sah dan yang aktif sahaja. Mereka dah tapis siap-siap untuk anda.

Boleh hubungi SLPM tersebut terus sebab nombor telefon semua ada dekat situ.

Jangan salah faham, laman seb ini bukan merupakan Sekolah Latihan Pengendali Makanan. Mereka hanya senaraikan sahaja syarikat-syarikat yang disahkan.

Mungkin di belakang mereka juga orang-orang food safety atau orang KKM sendiri. Ntah lah.

Atau kalau susah sangat nak cari tempat nak hadir kursus ni, daftar je lah kursus pengendalian makanan dengan kami.

Kami buat di 4 tempat pusat latihan:

1. Shah Alam

2. Putrajaya

3. Wangsamaju

4. Ipoh, Perak

Dan yang paling BEST! sekarang BKKM dah benarkan kursus pengendalian makanan Online!

Anda boleh hadir kursus ni dengan santai pakai kain pelikat (baju mesti sopan la ye) di rumah dengan telefon bimbit atau laptop disambungkan pula dengan internet yang stabil.. selesai.

Kad pengendali Makanan

Okay sekarang sijil kursus dah dapat dan dipendekkan cerita suntikan typhoid pon anda sudah ada.

Ada sesetengah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mereka akan mewajibkan anda memohon Kad Pengendali Makanan.

Seperti PBT Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mereka akan menyarankan anda untuk memohon Kad Pengendali Makanan MBSA.

Cara memohon adalah dengan membawa sijil pengendali makanan beserta surat pengesahan suntikan typhoid dan kesihatan MBSA.

Fungsi kad pengendali makanan ni bagus juga. Ia memasukkan data yang mengatakan individu ini telah pun menghadiri kursus pengendali makanan dan mendapatkan suntikan typhoid.

Jadi mudah untuk individu, hanya bawa kad pengendali makanan sahaja.

Tidak perlu simpan salinan sijil dan surat suntikan typhoid dalam wallet. Tak sampai 3 bulan dah jadi belacan.

Cara-cara mendapatkan kad pengendali makanan dari MBSA adalah dengan berurusan dengan Jabatan Kesihatan Persekitaran di Bangunan MBSA.

Oh ya, kami juga ada menyediakan perkhidmatan Suntikan Typhoid Pengendali Makanan dengan harga kasih-sayang khas untuk memudahkan urusan anda.

Kalau staff anda ramai, tak perlu susah-susah datang ke tempat kami, kami boleh aturkan doktor untuk pergi ke tempat anda untuk buat suntikan ni.

Mudah Kan?

Mengapa Pilih Kursus Dengan Kami?

Mengapa anda mesti daftar Kursus Pengendali Makanan dengan kami:

1. Lebih 10 Tahun pengalaman Kami.

Ya.

Kami dah buat kursus ni beribu-ribu sesi, lebih 25,000 peserta sejak tahun 2009 dari latarbelakang usahawan, staff hotel sehingga lah penjaja jalanan.

Kami tahu masalah yang mereka selalu hadapi. Kami faham operasi mereka di lapangan dan kami beri nasihat yang bersesuaian dengan mereka.

2. Kami ada 20 Tenaga Pengajar profesional dan berpengalaman

Mereka ni memang bekerja di dalam industri. Ada yang dari pengurus restoran berangkai, ada yang dari juru audit dan ada juga yang level Phd!

Mereka ini lah yang akan mengajar anda. Bergantung nasib anda dapat siapa ye, sebab kami tukar-tukar setiap sesi ikut jadual tenaga pengajar.

3. Sijil anda selamat dalam simpanan kami

Seperti apa yang di maklumkan, salinan sijil anda kami simpan sampai bila-bila di dalam Google Drive yang berbayar. Anda boleh pada bila-bila masa meminta kami cetak semula sijil.

Bayangkan kalau anda ambil kursus di tempat lain yang mungkin 5 tahun lagi sudah tidak buat kursus. Anda tidak boleh meminta mereka cetak semula sijil anda kerana syarikat sudah tidak wujud!

Jadi, anda kena hadir semula kursus ini..!

4. Bukan hanya bertumpu pada Kursus ini semata.

Kami bukan hanya pakar dalam keselamatan makanan (Food Safety), tetapi kami juga mempunyai pengalaman dan kemahiran yang sama di dalam Pensijilan Halal JAKIM.

Kami masukkan sekali informasi/kesedaran halal di dalam penyampaian kursus pengendali makanan.

5. Kredibiliti yang baik sebagai syarikat SLPM

Anda tidak percaya?

Boleh cuba telefon BKKM di putrajaya tanyakan (Tak main cawangan kecil, tanya HQ je terus haha)

“syarikat Al Barakah ni okay ke kalau saya nak daftar kursus pengendali makanan?”

Anda dapat jawapan anda sendiri. (Jangan la pelajar Intern yang jawab telefon)

6. Di perakui Sah oleh 149 PBT termasuk DBKL

Ye. Anda perlu lampirkan bersama sijil pengendali makanan ketika permohonan lesen/permit. PBT di seluruh Malaysia memperakui sah sijil yang dikeluarkan dari Al Barakah.

Daftar Kursus Online

Pendaftaran Kursus adalah mudah bersama Al Barakah Training Solution.

Semak jadual di sistem pandaftaran Kursus Pengendalian Makanan kami, pilih waktu, isi butiran dan buat bayaran hanya RM50 seorang.

Subsidi 20% Yuran Kursus Pengendali Makanan Online

Demi visi 2030, malaysia ke arah pengeluar makanan halal nombor 1 dunia, program PENJANA100+ Halal PKS telah di bangunkan.

Fokus utama PENJANA100+ Halal PKS adalah untuk membangunkan industri halal Malaysia. Sekiranya ingin tahu lebih lanjut tentang pensijilan halal, boleh baca artikel kami dalam bahasa inggeris – The Ultimate Guide Halal Certificate. Kenapa dalam bahasa inggeris? kerana ia di khususkan oleh usahawan non-muslim yang ingin lebih tahu berkenaan Halal.

Misi adalah untuk membimbing pengusaha makanan di Malaysia mendapatkan pensijilan halal dengan kos yang mampu milik.

Di bawah program ini juga, subsidi yuran kursus pengendali makanan sebanyak 20% diberi secara bersasar.

Untuk mendapat subsidi 20% yuran, peserta boleh menggunakan kod kupon PENJANA2030 semasa pendaftaran kursus pengendalian makanan online.

Kesimpulan

Kursus pengendali makanan ni adalah kursus yang paling asas sebagai pengendali makanan. Tak usah cerita tinggi-tinggi pasal BeSS, MeSTI, GMP, HACCP, HALAL, ISO22000.. kalau kursus asas ini pon belum hadir.

Kursus ni sebenarnya bukan sahaja sangat bermanfaat dan terhad kepada pekerja-pekerja kedai makanan, tetapi ia juga bagus untuk Suri Rumah dan pembantu rumah.

Ia adalah sangat bermanfaat berkaitan keselamatan dan kebersihan makanan. Ia adalah ilmu asas dan praktikal cara pengendalian makanan.

Untuk Malaysia ke arah 0% kes keracunan makanan, bermula dengan kesedaran… Bila ada kesedaran, baru anda akan mencari ilmu seperti ini.

Semuanya bermula dengan KESEDARAN.

Similar Posts

6 Comments

  1. Panduan lengkap dan bagus. Terima kasih. Cuma terlalu panjang. Tapi tidak mengapa sebab pakcik telah pun daftar kursus pengendalian makanan online minggu hadapan. Insyaalah saya belajar

  2. salam,

    boleh tak beri saya link daftar khusus pengendalian makanan dengan online?

    Saya nak sijil urgent.

    Trima kaseh.

  3. Saya nak tanya kursus pengendalian makanan ni sekali seumur hidup ke? Pastu kalau dh ambil kursus nnti nama kita ada dlm sistem ke?

    1. Betul, kursus ini cuma perku hadir satu kali sahaja seumur hidup. Sijil dibuat atas nama peserta/individu, bukan atas nama syarikat. Kenapa pilih Al Barakah Training Solution? Salinan sijil anda kami simmpan di google cloud selama-lamanya. 🙂

Comments are closed.