geran sijil halal jakim dan mesti
|

Geran Mohon Sijil Halal JAKIM dan MeSTI

Pensijilan halal sangat penting bagi bisnes makanan bukan sahaja di Malaysia tetapi secara global. Ini adalah kerana trend pembelian dan permintaan kepada produk halal memang dapat di lihat naik dari tahun ke tahun. Bantuan subsidi dan geran mohon sijil halal jakim sebenarnya sudah lama di tersedia, akan tetapi ramai yang masih tidak tahu tetang ini.

Populasi Muslim di seluruh dunia di jangkan naik mendadak sebanyak 35% dari tahun 2010 – 2050 (PEW Research) – Ini sudah tentunya akan di iringi dengan kenaikan permintaan terhadap produk halal dunia.

Di Malaysia, populasi beragama Islam adalah sebanyak 63.5% (Data bancian 2020) – dan sudah pasti mendapatkan pensijilan halal untuk halal bukan pilihan yang salah.

Pensijilan bukan sahaja dapat meningkatkan Kredibilti jenama, tetapi ia juga turut membuka ruang kepada pasaran baru dan kepercayaan pelanggan yang beragama Islam.

Oleh yang demikian adalah sangat rugi jika usahawan produk makanan di Malaysia tidak mengambil peluang ini dengan segera.

subsidi sijilan halal JAKIM dan MeSTI - PENJANA100+ Halal PKS

Syarat Mohon Sijil Halal Malaysia JAKIM

 

Ramai usahawan yang mengeluh tentang susahnya proses mohon pensijilan halal yang di anggap merumitkan, lambat dan mahal.

Ini tidak di nafikan berdasarkan pengelaman kami sebagai perunding yang menguruskan ratusan permohonan sijil halal sejak 2009.

Namun begitu ia akan menjadi mudah sekiranya pemohon betul-betul membaca garis panduan yang disediakan oleh JAKIM. Syarat mohn sijil halal, keperluan dan dokumen yang perlu disediakan adalah jelas dinyatakan dalam Manual Permohonan Pensijilan Halal Malaysia – MPPHM (Domestik) 2020.

Sekiranya pemohon mengambil masa untuk menyemak garis panduan yang diberikan, sudah tentunya permohonan halal boleh dibuat sendiri dengan mudah.

Namun begitu, sekiranya usahawan memang tiada masa untuk menguruskan permohonan pensijilan halal sendiri, adalah di nasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada perunding yang bertauliah.

Antara syarat-syarat yang diperlukan dalam permohonan pensijilan halal:

  1. Pemohon memiliki perniagaan yang berdaftar dengan SSM
  2. Pemohon mesti menjalankan operasi perniagaan di premis yang berlesen (Boleh mohon di PBT)
  3. Pemohon mesti mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang pekerja beragama Islam dan Rakyat Malaysia
  4. Pemohon mesti mengeluarkan produk yang halal sahaja
  5. Pemohon mesti memastikan semua pekerja telah mendapat suntikan typhoid dan kursus pengendali makanan
  6. Pemohon hendaklah memastikan pernah menghadiri kursus berkaitan halal – Contohnya seperti Halal Awareness Training
  7. Pemohon hendaklah memastikan premis mengikut garis panduan keselamatan makanan sepeti Good Manufacturing Practice (GMP)
  8. Pemohon hendaklah memastikan mempunyai dokumen pengesahan halal bagi semua bahan mentah yang digunakan
  9. Pemohon hendaklah memastikan mempunyai rekod kawalan makhluk perosak (Pest Control)
  10. Pemohon hendaklah memastikan susun atur premis adalah bersesuaian bagi megelakkan pencemaran silang berlaku.

Untuk panduan yang lengkap tentang pensijilan halal Malaysia, adalah di galakkan untuk mebaca artikel kami di dalam bahasa inggeris – Halal certificate – The Ultimate guide 2022

Subsidi & Geran

Untuk membangunkan industri Halal Malaysia, banyak agensi yang bekerjasama dan menyediakan akses pembiayaan kepada usahawan untuk mendapatkan pensijilan ini.

Geran mohon sijil halal & MeSTI ada di sediakan oleh badan tertentu.

Kategori boleh di pecahkan kepada 3:

Geran Umum

Terbuka kepada semua usahawan di Malaysia yang ingin mendapatkan pensijilan halal – Fokus kepada perniagaan produk makanan

Contoh geran : Geran SIRIM di bawah program GROOMBIG

Geran Khas Bumiputera

Terhad dan di khususkan untuk usahawan Bumiputera yang layak – Fokus kepada perniagaan produk makanan

Contoh : Geran MARA (Sila hubungi pejabat MARA negeri dan bertanyakan tentang Geran pensijilan MARA)

Subsidi

Terbuka kepada semua usahawan di Malaysia yang ingin mendapatkan pensijilan halal – Fokus kepada perniagaan produk makanan & premis makanan (Katering, Restoran, Kafe)

Contoh : PENJANA100+ Halal PKS

Kesimpulan

Pensijilan dalam perniagaan produk makanan merupakan batu loncatan kepada kemajuan bisnes kerana ia dapat menembusi pasaran yang lebih luas dan membezakan keunikan anda dengan pesaing di dalam lautan merah perniagaan.

Tepuk dada, tanya selera. Adakah bajet anda mencukupi untuk memohon pensijilan halal? Sekiranya ia, maka teruskan permohonan dengan menggunakan bajet anda sendiri kerana proses permohonan geran dan subsidi memerlukan tempoh 3-6 bulan untuk kelulusan.

Namun begitu sekiranya anda mempunyai peruntukan / Bajet di bawah RM5,000 untuk mendapatkan pensijilan halal JAKIM yang di uruskan oleh Team Halal kami, anda boleh membuat permohonan ini di bawah program PENJANA100+ Halal PKS yang tidak memerlukan tempoh waktu yang lama untuk kelulusan.

Similar Posts