Tiger Beer Zero diantara Halal atau Haram

tiger beer zero halal

Tiger Beer ‘0’ Peratus Alkohol

Masyarakat Malaysia dihebohkan lagi sekali dengan keluaran produk baru dari syarikat pengeluar minuman arak yang tidak asing lagi jenamanya iaitu Tiger Beer Zero yang membawa maksud Zero Alcohol atau dengan maksud lain bererti arak tanpa alkohol.

Sekali lagi isu ini menjadi tular di media sosial dengan komen-komen netizen yang mempunyai pandangan dan pendapat tersendiri.

Tidak terkecuali juga yang turut memberi pandangan orang kenamaan seperti Dr. Fathul Bari.

Dr fathul bari tiger beer halal

‘Beer Halal’

Isu ‘beer’ Halal atau Arak halal sebenarnya merupakan isu lama dan telah dijelaskan dengan mendalam dan terperinci oleh pihak JAKIM.

Perkara ini adalah benda yang sama, cuma produknya sahaja yang bertukar-tukar.

Perkataan Beer Halal atau Arak Halal itu sendiri telah salah dan menyeleweng kerana Arak tidak akan pernah Halal dulu, Kini dan Selamanya.

Subsidi-Pensijilan-Halal-Khas-PKS

Ia merupakan perkataan yang direkacipta oleh pihak tertentu untuk mendapatkan keuntungan juga memeningkan masyarakat Islam. Strategi pemasaran yang licik dan ternyata sangat berkesan.

Perlu ingat di sini bahawa di dalam hukum Islam, Haram tetap Haram dan Halal tetap Halal dan tidak mungkin ada 50% halal atau 99% halal.

mieyabi 50 peratus halal
Gambar ihsan kredit google.com

Majlis Fatwa Kebangsaan Berhubung Isu Arak

Masyarakat perlu tahu dan sedar diri bahawa kita bukan pakar dalam perkara sebegini dan seharusnya kita berlapang dada dan biar pakar dalam bidang ini yang memikirkan dan menyelesaikan.

Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan beberapa fatwa berhubung status alkohol dan arak bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam.

Status halal atau haram sesuatu bahan yang menggunakan sebatian alkohol (etanol)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-7 yang bersidang pada 11 – 12 April 1984 telah memutuskan bahawa:

  1. Setiap minuman arak mengandungi alkohol. Bukan semua alkohol itu mengandungi arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.
  2. Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
  3. Minuman ringan yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau bahan yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal.
  4. Tapai halal dimakan.
  5. Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan.
  6. Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.

Alkohol Sebagai Penstabil Minuman Ringan.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-22 yang bersidang pada 24 November 1988 telah membincangkan Alkohol Sebagai Penstabil Minuman Ringan.

Muzakarah telah memutuskan bahawa kordial yang mengandungi bahan perisa yang dimasukkan alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan untuk tujuan minuman sekiranya:

  1. Alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak.
  2. Bahawa kuantiti alkohol dalam perisa (flavour) itu adalah sedikit iaitu tidak memabukkan.

Alkohol Dalam Makanan, Minuman, Pewangi Dan Ubat-Ubatan.

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

  1. Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walau bagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperoleh daripada proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.
  2. Manakala alkohol yang diperoleh bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.
  3. Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras satu peratus adalah harus (boleh) diminum.
  4. Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
  5. Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semula jadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum.
  6. Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5 peratus.
  7. Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.

sumber: Portal Rasmi Fatwa Malaysia

Berdasarkan Fatwa yang diberikan ini, dapatlah kita faham dengan jelas pengkelasa Halal dan Haram bagi apapun produk.

Definisi dan proses pembuatan minuman beralkohol

Minuman keras atau khamr adalah minuman yang dihasilkan melalui proses fermentasi dengan menggunakan khamir (ragi sacharomyces cereviciae), pada bahan yang yang mengandung kanji atau mengandungi gula yang tinggi.

Proses fermentasi adalah proses yang telah digunapakai sejak berabad tahun yang lalu.

Alkohol yang paling popular yang sering dikaitkan dengan minuman keras adalah dari ethanol (ethyl alcohol).

Minuman alkohol ini pula dipecahkan menjadi 3 kategori:

Kategori A : Kadar Alkohol 1-5% contohnya Beer

Kategori B : Kadar Alkohol 5-20% contohnya Wine

Kategori C : Kadar Alkohol 20-55% Contohnya Whisky

Pada zaman kehidupan Rasulullah saw , beliau melarang para sahabat untuk minum jus buah yang umurnya lebih dari 3 hari, atau ketika keadaan buah tersebut sudah berbuih.

Berdasarkan penelitian para pakar, ternyata hasil perahan jus buah yang sudah berumur lebih dari 3 hari tersebut, maka kandungan alkohol (ethanol) sudah lebih dari 1 persen.

Berdasarkan fakta inilah kebanyakan ulama dan cendikiawan Islam sepakat menetapkan tahap maksima kandungan alkohol (ethanol yang digunakan sebagai pelarut dalam produk) dalam minuman tidak melebihi 1 persen.

Di Malaysia, kita mengambil langkah lebih selamat dengan menetapkan tahap maksima tidak melebihi 0.5 persen sesuai dengan pendapat Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi.

Sebagai orang Islam, minuman hasil daripada proses fermentasi yang akhirnya menghasilkan alkohol adalah HARAM untuk diminum walaupun setelah itu kandungan alkoholnya dibuang seratus peratus.

Setakat ini kita sudah nampak kekeliruan masyarakat yang menganggap air arak tiada alkohol Halal diminum padahal prosesnya perlu disemak dahulu adakah melalui proses arak atau tidak.

Jadi, Apa Status Tiger Beer Zero, Halal ke Haram?

Masyarakat sering mudah terbeli perkataan “Tiada Alkohol“, “Zero Percent Alcohol“, “Pork Free” dan “Pewangi Tanpa Alkohol“.

Umum kita sering beranggapan bahawa sebab pengharaman arak adalah kerana kandungan alkohol.

Hakikatnya alkohol tidak pernah salah dalam hal ini kerana telah dijelaskan tadi bahawa alkohol yang dibenarkan dalam minuman adalah tidak melebihi 0.5% di Malaysia.

Mengapa JAKIM tidak akan memberi pengensahan status Halal kepada produk ini mungkin adalah disebabkan:

  • Jenama

Sejak dari kecil lagi kita sudah tahu bahawa Tiger memang adalah minuman arak yang haram untuk diminum.

Sungguhpun syarikat tersebut mengeluarkan air suam atau air milo sekalipon dengan menggunakan jenama yang sama dan botol menyerupai botol arak, tidak akan sekalipun diiktiraf halal oleh JAKIM kerana kesan sosial dari ini memudaratkan. Daripada ini juga istilah Beer Halal terjadi.

  • Premis yang sama

Oleh kerana produk ini dibuat di dalam premis yang sama, sangat sukar untuk mengawal Sistem Jaminan Halal bagi mengelakkan ‘Cross-Contamination’ atau pencemaran silang berlaku.

  • Proses

Bahagian proses tidak dapat dipastikan lagi samada menggunakan proses yang sama seperti pembuatan arak biasa atau tidak melalui proses fermentasi arak biasa.

Tetapi seandainya proses pembuatan produk ini adalah melalui proses yang sama seperti pembuatan arak selepas itu kandungan arak tersebut melalui proses penyaringan untuk membuang segala kandungan alkohol yang menjadikan ia 0% alkohol, Cara ini tidak boleh kerana air tersebut sudah pun menjadi arak/najis.

Maka ia jatuh kepada hukum haram diminum.

Produk yang hampir sama juga menjadi viral di negara Indonesia ialah Jenama Bintang yang cara prosesnya sama dengan pembuatan arak traditional tetapi kandungan alkohol dibuang di akhir proses.

Arak jenama Bintang - Zero Alkohol

 

Pengesahan Halal JAKIM Barbican

Barbican Halal
Lihatlah iklan Barbican. Ia memposisikan dirinya sebagai arak, tetapi halal diminum oleh Muslim.

Mengapa JAKIM tidak akan mengiktiraf produk minuman Barbican sebagai Halal?

Perlu difahami disini tidak diiktiraf Halal oleh JAKIM bukan bermaksud produk tersebut Haram.

Ia lebih kepada maksud tidak ditanggung Halal oleh JAKIM.

Minuman Barbican telah disahkan prosesnya pembuatannya tidak seperti pembuatan arak traditional iaitu dengan proses fermentasi.

Ia dihasilkan dengan meniru rasa seakan-akan arak dan botolnya juga seakan-akan arak.

Ini yang tidak dipersetujui oleh JAKIM.

Percayalah seandainya Barbican ubah botolnya, pasti JAKIM akan menimbang semula permohonan Halalnya.

 

Alkohol di dalam Lucozade dan Ribena

ribena lucozade halal

Anda pernah minum Lucozade?

Anak-anak sering minum Ribena?

Tahukah anda minuman keluaran syarikat gergasi GSK (GlaxoSmithKline) ini juga mengandungi alkohol?

Jangan risau, minuman beralkohol ini bukan dikategorikan sebagai arak kerana:

  • Kandungan alkohol (ethyl Alcohol) di dalam minuman ini adalah sekitar 0.01%
  • Proses menghasilkan minuman tersebut bukan dengan cara menghasilkan arak. Sebaliknya alkohol tersebut dicampur kedalam minuman untuk mengekalkan kualiti dan rasa minuman tersebut.

(Sumber: www.theguardian.com)

Kesimpulan

Daripada tulisan ini, semoga masyarakat Malaysia khususnya pengguna Islam Malaysia dapat memahami dengan lebih lanjut isu Halal & Haram dalam arak dan boleh membuat pertimbangan dalam pemilihan makanan atau minuman di masa akan datang.

Yakinilah Halal JAKIM!

Kerana mereka bertungkus lumus memerah otak dan kerap kali berbincang sesama pakar industri dalam meletakkan sesuatu hukum.

Keputusan Halal dan Haram JAKIM bukan hanya terletak pada kebersihan dan halal makanan sahaja. Terdapat banyak lagi faktor yang perlu diambil kira seperti impak sosial seandainya mereka mengiktiraf halal sesuatu produk.

Pendek kata kalau JAKIM sudah sahkan halal maka ikuti sahaja, dan kalau JAKIM enggan mengesahkan halal maka kita akur sahaja.

Similar Posts