Latihan Kesedaran Halal JAKIM

Latihan Kesedaran Halal merupakan sebuah program kursus berkaitan halal yang mesti di hadiri oleh pekerja khususnya yang berada di bahagian pemperosesan makanan sekurang-kurangnya 3 tahun sekali.

Kursus ini di wajibkan sesuai dengan garis panduan Manual Permohonan Pensijilan Halal Malaysia – MPPHM (Domestik) 2020 yang berkuatkuasa sepenuhnya bermula Januari 2021.

Kegagalan syarikat dalam memenuhi syarat ini, apabila di audit oleh pegawai audit halal boleh mengakibatkan pihak syarikat diberikan surat ketidak-akuran (Non-conformance).

Ini akhirnya akan mengakibatkan status halal syarikat di gantung sementara.

Bukan itu sahaja, pekerja apabila tidak diberi latihan yang betul akan semestinya melakukan kesalahan secara berkala.

Ini mengakibatkan isu-isu pelanggaran kepada garis panduan halal yang mengakibatkan sijil halal di tarik balik.

Tujuan Latihan Kesedaran Halal

Latihan ini bertujuan untuk sentiasa melengkapkan kakitangan syarikat dengan amalan halal yang baik.

Ia juga mendedahkan pekerja dengan syarat-syarat baru, isu-isu terkini dan kesalahan-kesalahan yang selalu di lakukan oleh pemegang sijil halal agar pekerja tidak melakukan kesalahan yang sama.

Kursus Latihan Kesedaran Halal ini dapat meningkatkan produktiviti syarikat dengan mengurangkan risiko pencemaran silang halal dalam pembuatan makanan.

Ini dapat meningkatkan kualiti pengeluaran produk dan akhirnya menguntungkan syarikat.

Penyedia Latihan Kesedaran Halal Bertauliah

Bahagian pembangunan halal JAKIM telah menetapkan beberapa garis panduan untuk latihan kesedaran halal.

Syarikat yang ingin mendapatkan latihan ini boleh mendaftar dengan penyedia latihan yang di lantik oleh JAKIM dalam memberi latihan kesedaran halal kepada pekerja.

Berikut adalah panduan kepada industri yang ingin mendapatkan latihan kesedaran halal agar penipuan dapat di elakkan.

Terdapat banyak laporan yang di terima oleh pihak JAKIM di mana terdapat syarikat yang mengadu telah menerima latihan halal daripada syarikat dan individu yang mengaku di iktiraf halal.

Akan tetapi sewaktu di audit, ternyata sijil latihan halal yang di terima adalah tidak diterima kerana tiada pentauliahan diberikan.

Berikut merupakan seluran yang betul untuk mendapatkan sijil latihan kesedaran halal:

Malaysia International Halal Academy (MIHA)

Malaysia International Halal Academy (MIHA)

MIHA merupakan sebuah badan entiti yang di bangunkan di bawah JAKIM yang tujuannya adalah membangun kapasiti halal dengan memberi bimbingan dan latihan kepada industri dalam pensijilan halal.

Sehingga kini, terdapat hanya 25 syarikat yang di iktiraf sebagai rakan strategi MIHA.

Syarikat ini layak untuk memberi latihan kesedaran halal, membimbing industi dalam mendapatkan mpensijilan halal dan sebagai perunding halal.

Al Barakah Training Solution Sdn Bhd merupakan rakan strategi MIHA yang di iktiraf sejak 2019.

Halal Professional Board (HPB)

HPB adalah badan entiti yang di tubuhkan oleh bahagian halal JAKIM untuk mengawalselia pembangunan kemahiran profesional halal di Malaysia dan di luar negara.

Garis panduan yang dikeluarkan berkaitan halal dalah di bawah tanggungjawab HPB.

Dan HPB juga merupakan badan yang bertanggungjawab untuk memperbanyakkan tenaga pengajar mahir di dalam industri Halal.

Halal Competency Training (Latihan Kompetensi Halal), Halal Executives Program (Program Eksekutif Halal) dan Certified Internal Halal Auditor Program (Latihan Audit Dalaman) adalah contoh program di bawah HPB selain dari latihan kesedaran halal.

Eksekutif Halal

Eksekutif halal atau Halal Executive yang di lantik oleh syarikat sebenarnya layak untuk memberi latihan kesedaran halal kepada kakitangan syarikat.

Namun begitu, bukan semua individu yang di sahkan sebagai eksekutif halal mampu untuk menjadi tenaga pengajar.

Ini adalah kerana tenaga pengajar mesti mempunyai skill mengajar dan pengalaman industri untuk memberi pengajaran kepada peserta.

Unutk menjadi seorang eksekutif halal yang bertauliah, individu mesti menjalani Halal Executive Training yang ditetapkan oleh Halal Professional Board, JAKIM.

Cara Latihan Kesedaran Halal Di kendalikan

Sekiranya industri memilih untuk memanggil penyedia latihan daripada syarikat yang bertauliah untuk mengendalikan latihan kesedaran halal, 3 cara ini disediakan:

Secara In-house Fizikal Bersemuka – Iaitu di premis pelanggan

Pihak industri boleh menjemput tenaga pengajar yang bertauliah untuk menjalankan kursus latihan tersebut di premis sendiri dengan waktu dan tempoh yang di tetapkan.

Secara In-House Online

Sejak pandemik COVID19, masyarakat malaysia sudah terbiasa dengan pembelajaran atas talian bahkan HRDC juga mengiktiraf pembelajaran atas talian.

Ini bermakna latihan secara online dapat memberi impak yang hampir sama dengan latihan secara bersemuka dari segi pemahaman dan penyampaian maklumat.

Untuk pertanyaan berkaitan latihan halal ini secara bersemuka mahupun secara online, boleh lawati laman Halal Awareness Training dan request sebut harga atau hubungi kami.

Secara Umum / Public Berjadual

Terdapat juga syaikat yang menganjurkan latihan ini secara berkala secara online mahupun secara fizikal.

Kami menganjurkan Latihan ini secara online dengan berjadual. Boleh semak jadual latihan kesedaran halal online kami.

Halal Awareness Training poster for Halal certificate application

Sijil Latihan Kesedaran Halal

Sijil yang kami keluarkan adalah dari MIHA dan di iktiraf sepenuhnya oleh JAKIM . Sijil yang di keluarkan sah selama 3 tahun dari tarikh ia dikeluarkan.

Ia juga hendaklah di simpan di dalam rekod fail halal untuk tujuan audit oleh pagawai halal.

Tenaga Pengajar Latihan Kesedaran Halal

Tenaga pengajar halal mestilah sekurang-kurangnya memiliki sijil eksekutif halal berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh JAKIM.

Namun begitu, untuk memberi impak pembelajaran kepada peserta, tenaga pengajar sebaiknya di pilih dari individu yang berpengalaman dalam industri halal & keselamatan makanan.

Profail Tenaga Pengajar

Berikut merupakan profile tenaga pengajar dari syarikat Al barakah Training Solution untuk rujukan pihak yang ingin mendapatkan latihan kesedaran halal.

Profile - Siti Munirah

Syarat-syarat Menjadi Tenaga Pengajar

Untuk menjadi tenaga penagajar kursus kesedaran halal, individu mestilah mempunyai sijil eksekutif halal daripada syarikat penyedia latihan halal yang di iktiraf HPB.

Kesimpulan

Latihan merupakan elemen yang penting dalam pembangunan kompetensi pekerja suyarikat. Syarikat seharusnya tidak mengabaikan elemen ini dan menyediakan bajet kewangan yang mencukupi bagi tujuan latihan.

Selain dari latihan ini, syarikat juga perlu memastikan pekerja menerima latihan Kursus Pengendalian Makanan yang menyentuh elemen amalan pengendalian makanan yang baik.

Dengan langkah syarikat memberi latihan kepada pekerja, pekerja pula akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan betul seperti yang dipelajari. Hasilnya, produktiviti syarikat menjadi lancar dan cepat yang tentunya menguntungkan syarikat.

Apa pengalaman anda menghadiri kursus latihan halal sebelum ini? Boleh share di ruangan komen.

Similar Posts