6 Syarat Extra Kursus Pengendalian Makanan Online

Syarat Kursus Pengendalian Makanan Online – 6 Syarat EXTRA

Syarat Kursus Pengendalian Makanan Online yang di perkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Program Jaminan Keselamatan Makanan yang sama sahaja seperti kursus fizikal biasa tetapi 100% di jalankan secara online / atas talian ataupun dengan menggunakan platform digital.

Baca dengan lebih lanjut artikel yang telah kami tuliskan bekenaan info lengkap kursus pengendalian makanan yang telah di kemaskini pada 2022 berdasarkan garis panduan KKM yang terkini.

Walaupun survey kami mengatakan 95% (kemaskini Jun 2022) peserta kursus yang pernah menghadiri kursus pengendalian makanan secara online bersetuju untuk kursus ini di teruskan secara online, namun hakikatnya ramai yang tidak mematuhi syarat-syarat kursus secara online.

 

Apa Itu Kursus Pengendalian Makanan Online?

Secara ringkasnya Kursus Pengendalian Makanan Online ini sama sahaja seperti Kursus Pengendali Makanan yang biasa dijalankan di pusat latihan yang perlu hadir secara fizikal.

Akan tetapi, formatnya online ini ada berbeza sedikit dari format kursus fizikal.

Kursus secara online ini dimulakan semasa seluruh dunia di landa wabak COVID-19. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diarahkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), rakyat mesti duduk di rumah.

Ini untuk menghadkan pergerakan dan sekaligus mengurangkan kadar berjangkitnya COVID-19 sebab orang tidak jumpa dekat-dekat.

Apatah lagi program kursus pengendali makanan, langsung tidak boleh di anjurkan!

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terpaksa memikirkan penyelesaian kepada penyempaian program ini kerana:

▪️ Penjarakan sosial wajib di patuhi untuk memutuskan rantaian COVID-19.

▪️ Kursus Pengendalian Makanan juga mesti di teruskan kerena penjualan makanan sewaktu PKP juga makin rancak.

Yang dikhuatiri pula, penjual ini adalah bidang terjun yang tidak dilatih untuk menyediakan makanan dengan selamat.

Di tambah pula dengan kes Puding Buih Home Made akibat 1 Maut, 99 lagi dirawat, KKM memutuskan program ini mesti di jalankan sebelum banyak lagi kes seumpama ini berlaku.

[UPDATE] Selepas tragedi Puding Buih ini, dan hasil pemerhatian pihak KKM bahawa trend menjual produk makanan dari rumah atau Home Based Business kian meningkat, mereka telah mewajibkan peniaga home based ini untuk turut menghadiri kursus pengendali makanan.

Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan, BKKM

Maka pada penghujung April 2020, beberapa Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang terpilih di beri keizinan untuk menjalankan Kursus Pengendali Makanan Online secara ‘Pilot Test’ termasuk Al Barakah Training Solution.

Dan secara rasminya, kursus pengendali makanan online di lahirkan di masa tempoh pandemik berlaku dan ini semestinya menjadi kenangan atau ‘turning point’ kepada Malaysia ke arah Industri Revolution 4.0 (IR4.0) di mana teknologi digital di gunakan sepenuhnya.

Daftar Kursus Pengendalian Makanan Online

Perbezaan Kursus Fizikal dan Online

1) Kursus secara online ni 100% online sejak dari pendaftaran sehingga ke dapat sijil pon akan diberi sijil digital. Sijil original akan di pos.

2) Kursus fizikal biasa hanya mengambil waktu 3 jam sahaja, tetapi kursus online ni biasa akan memakan masa 4 Jam. Sebab platform digital ini bukan semua orang biasa, dan pasti ada masalah teknikal pada awalnya.

3) Ada kuiz tambahan yang KKM sendiri minta tenaga pengajar untuk menambah dalam modul pembelajaran. Ini tiada dalam kursus secara fizikal.

4) Ujian PRA dan POS di jawab menggunakan online formsepenuhnya, bukan lagi jawab cara lama di atas kertas.

5) Maksimum peserta yang boleh hadir Kursus pengendali makanan online ialah cuma 15 orang sahaja berbanding kursus fizikal 30 orang. Ada cadangan untuk tingkatkan kepada 20 orang tetapi masih dalam peringkat perbincangan dengan pihak KKM.

6) Memandangkan kursus online, ia bukan sahaja memudahkan peserta untuk hadir kursus malah memudahkan pihak BKKM juga untuk turut ikut serta!

Jarang sangat untuk pihak BKKM pantau kelas fizikal, tatapi kursus online, boleh di katakan kerap juga datang menyamar sebagai peserta 🙂

7) Mesti ada kelengkapan seperti telefon pintar dan sambungan internet untu hadir kursus pengendali makanan online tetapi tidak untuk kursus normal secara fizikal.

Syarat Hadir Kursus Pengendalian Makanan Online

Walaupun kursus pengendalian makanan online ini sama sahaja seperti kursus pengendali makanan yang biasa, namun ada syarat-syarat khas untuk hadir kursus ini.

Sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat ini, maka peserta memang tidak boleh menghadiri kursus secara online atau kemungkinan peserta boleh hadir tetapi risiko untuk peserta gagal menamatkan kursus ini.

Baca selanjutnya untuk tahu kenapa peserta kursus boleh dianggap gagal menamatkan kursus pengendali makanan online.

Untuk menghadiri kursus secara online, pastikan anda memenuhi 4 syarat-syarat ini:

✅ Mempunyai Komputer / komputer riba / laptop / notebook atau yang seangkatan dengannya yang KAMERA, MIKROFON dan SPEAKER berfungsi dengan baik. Kerana anda perlu ‘ON’ kamera sepanjang masa kursus. … ATAU

✅ Mempunyai Telefon Pintar / Smart Phone / Tablet atau yang seangkatan dengannya yang KAMERA, MIKROFON dan SPEAKER berfungsi dengan baik.

Kerana anda perlu ‘ON’ kamera sepanjang masa kursus. Nokia 3310 tak boleh ye, maaf la sangat-sangat.

✅ Mempunyai sambungan internet yang stabil. Paling baik anda berada di rumah kalau ada UNIFI di rumah. Pakai internet telefon (Prepaid/Postpaid pon boleh juga)

✅ Mempunyai applikasi Whatsapp di telefon pintar. Ini adalah perhubungan utama peserta kursus dengan tenaga pengajar sepanjang kursus. ujian kursus juga diberi di dalam whatsapp.

Okay! Sekiranya syarat-syarat yang dinyatakan di atas ini dipenuhi, maka anda boleh teruskan daftar kursus pengendali makanan ini dengan hati yang tenang dan gembira.

Dan ini pula 6 syarat-syarat khas SEMASA menghadiri kursus yang WAJIB di patuhi

Syarat-syarat ini memang KKM sendiri yang tetapkan.

Untuk mengelakkan peserta kursus dan tenaga pengajar memanipulasi sistem online.

🚫 Sepanjang kursus, anda tidak boleh ‘OFF’ Kamera samada telefon atau Laptop. Untuk memudahkan anda faham, kalau ada 15 peserta semasa kursus, semua 15 peserta mesti tunjuk muka.

Kerana di awal dulu masa kami buat kursus, ada yang OFF video kemudian peserta hilang ntah ke mana. Kami panggil semasa sesi kursus, Whatsapp, telefon tidak terjawab.. rupanya tertidorr!! haha

🚫 Tidak boleh mewakili. Daftar nama pekerja, tetapi yang hadir adalah anak pekerja sebab pekerja tengah sibuk menggoreng nasi dekat dapur. Kami akan buat saringan awal untuk kenalpasti peserta dahulu.

🚫 Mesti berada di tempat yang bersesuaian dan tidak bising yang di anggap menganggu konsentrasi peserta.

🚫 Tidak boleh membuat kerja lain sepanjang kursus. Ini termasuk (berdasarkan pengalaman peserta kami):

🔺Kursus sambil memandu kereta/motor

🔺Kursus sambil memancing ikan! ha ha

🔺Kursus sambil bersenam di tasik.

🔺Kursus sambil memasak di dapur.

🔺Kursus sambil lepak di kedai mamak dengan kawan-kawan

🔺Kursus dalam kursus!. Peserta kami sambil tengah kursus lain, dia boleh hadir kursus lagi. Genius!

🚫 Tidak boleh sekejap putus, sekejap sambung balik disebabkan oleh masalah internet yang lemah.

🚫 Tidak boleh hadir kursus separuh jalan. Maksudnya belum habis kursus dah hilang tiba-tiba. Mungkin disebabkan habis data internet, habis bateri telefon atau tertidur.

Okay, sekiranya syarat-syarat khas yang dinyatakan di atas ini dilakukan, tenaga pengajar berhak untuk KELUARKAN/REMOVE peserta kursus daripada sesi kursus.

Peserta dianggap tidak menamatkan kursus pengendali makanan online dan tiada sijil akan diberikan dan tiada refund / pulangan wang semula dilakukan.

Sekiranya alasan yang kukuh diberikan, peserta boleh menghadiri semula kursus ini tanpa sebarang bayaran dikenakan.

KKM, BKKM, dan SLPM sedia maklum yang peserta kursus ini hanya mahukan sijil pengendali makanan. Mereka malas sebenarnya nak dengan ceramah kursus.

Bukan semua orang macam ini tapi kami nak bagitau boleh tahan juga ramai yang macam ini berdasarkan pengalaman kami membuat latihan sejak 2009 dan telah mendidik lebih 20,000 peserta kursus.

Jadi kami mesti memastikan peserta kursus hadir, fokus dan faham sepenuhnya isi kandungan kursus sebelum kami mengeluarkan sijil kursus pengendali makanan kepada peserta.

Bila Kursus Pengendalian Makanan Online?

Okay, kami dah terangkan secara ringkas berkenaan kursus pengendalian makanan online dan dah terangkan secara jelas syarat-syarat yang mesti di patuhi.

Sekarang mungkin anda dah faham dan bersedia untuk menghadiri kursus ini.

Bila sebenarnya kursus ini di jalankan?

Kursus secara online ini sangat banyak kebaikan dan impak yang di berikan kepada peserta kursus.

Kalau dulu susah untuk hadir kursus secara fizikal kerana bukan semua syarikat akan buat jadual tetap. Kalau peserta tidak cukup, kelas akan batal.

Ini semua melibatkan kos dan adalah tidak berbaloi untuk menjalankan kurus kalau peserta cuma 5 orang.

Syukur kerana ada pilihan kursus secara online, kami sendiri di Al barakah Training solution menganjurkan kursus pengendali makanan online hampir setiap hari dan setiap minggu. Boleh lihat jadual terkini Kursus Pengendalian Makanan Online

Tambahan lagi rakan-rakan SLPM kami yang lain juga turut menganjurkan kursus hampir setiap hari termasuk hari ahad dan juga sesi Malam!

Tidak ada lagi alasan pengendali makanan untuk tidak hadir kursus ini kerana hampir setiap masa ada sahaja pendaftaran di buka.

Tidak kisah penganjur dari Johor dan anda menetap di Sabah, tetap anda boleh ikut serta.

Ini lah sebenarnya kekuatan platform digital yang sepatutnya sudah lama kita biasakan dalam kehidupan seharian kita.

Di Mana Kursus Pengendalian Makanan Online Di Buat?

Oleh kerana kursus ini di jalankan sepenuhnya online, maka persoalan di mana adalah tidak relevan lagi.

Persoalannya ialah platform apa yang digunakan..

Kami sangat mengutamakan kemudahan, keselesaan peserta kursus. Oleh yang sedemikian, kami menggunakan platform ini:

  • Zoom Meeting (Utama/Primary) (Berbayar)
  • Google Meet (Secondary) (Berbayar)

Anda risau isu keselamatan data apabila menggunakan Zoom?

Tidak perlu khuatir.

Tahukah anda, berita viral yang mengatakan aplikasi zoom adalah bahaya adalah untuk menjatuhkan produk tersebut kerana ia mendapat populariti yang mendadak sejak PKP dilaksanakan seluruh dunia.

Aplikasi zoom mengutamakan sekuriti dan buktinya adalah begitu banyak sekali syarikat korporat menggunakannya termasuk banyak agensi-agensi kerajaan Malaysia sendiri!

Kami lebih menyukai menggunakan Zoom kerana kemudahan yang diberikan untuk mengajar khas untuk kursus.

Kami juga menggunakan Google Meet untuk sesi webinar dan Meeting sesama team kami di Al Barakah Training Solution.:)

PROS Dan CONS Kursus Secara Online

Terus terang kami katakan setelah lebih daripada 150 sesi kursus pengendalian makanan online semenjak bulan April 2020, kami sangat menyukai kursus secara online.

Bukan sahaja kami yang merasakan begitu, tetapi juga peserta kursus kami.

Survey yang kami jalankan kepada peserta yang telah menjalani kursus pengendali makanan online (Seramai 1888 responden iaitu yang menjawab soalan) menunjukkan bahawa :

Seramai 88.4% responden menyokong untuk kursus di jalankan secara online walaupun tempoh PKP telah ditamatkan.

8% mengatakan tidak menyukai cara kursus secara online dan lebih suka cara fizikal sebelum ini.

Selebihnya 3 peratus tidak tahu samada ia bagus atau tidak diteruskan. Mungkin mereka tidak faham soalan.

Survey Kursus Pengendali Makanan Online

Akan Tetapi, Kursus pengendali makanan online ini juga ada kekurangannya iaitu:

⭕️ Peserta mesti ada kemudahan seperti Telefon pintar,atau Laptop.

⭕️ Peserta perlu ada sambungan internet yang stabil

⭕️ Infrastruktur Internet di Malaysia tidak begitu menyeluruh ke kawasan pedalaman yang menyebabkan peserta di bahagian kampung-kampung sukar mendapatkan internet yang stabil.

⭕️ Peserta berumur lebih 50 tahun agak kurang pengetahuan digital yang menyebabkan peserta tidak tahu bagaimana nak menggunakan Zoom dan tidak tahu MUTE microfon semasa kursus dijalankan.

Kesimpulan

Kursus secara fizikal dan online masing-masing mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri tetapi setelah di timbang tara, advantage berada pada kursus secara online. Tidak hairan survey yang kami jalankan lebih cenderung kepada kursus secara online.

Zaman teknologi ini akses kepada dunia digital semakin mudah namun begitu masih banyak ruang yang perlu dibaiki bagi memudahkan lagi ramai orang untuk turut serta dalam dunia digital yang memudahkan untuk akses kursus seperti Kursus Pengendalian Makanan Online.

Similar Posts