[Makluman] Perubahan Nama Sekolah Latihan Pengendali Makanan

Assalamualaikum WBT,

Adalah dengan ini kami ingin maklumkan bahawa bagi kursus pengendalian makanan, nama bagi Sekolah Latihan Pengendalian Makanan kami telah bertukar dari Al-Barakah Training Centre PLT kepada Al Barakah Training Solution Sdn. Bhd.

Maka segala sijil pengendali makanan yang dikeluarkan oleh syarikat kami berkuatkuasa November 2018 adalah sijil baharu dengan nama dan logo baru.

Sekiranya anda mendapati sijil yang diperolehi selepas tarikh tersebut masih menggunakan logo dan nama yang lama, sila laporkan kepada kami dengan kadar segera kerana ada kemungkinan sijil anda tidak sah dan anda ditipu oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Dilampirkan bersama ini surat rasmi dari Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan dengan perkara ini.

Sekian Terima kasih.

Surat Kursus Pengendalian Makanan Al Barakah

Similar Posts