Mohon Sijil Halal JAKIM home-based
|

Mohon Sijil Halal JAKIM : Persiapan Awal Usahawan Home Based

Para Usahawan makanan kecil dan peniaga dari rumah (Home Base Business) masa kini semakin sedar akan kepentingan penghasilan produk halal yang merangkumi aspek syariah dan keselamatan makanan. Bagaimana nak mohon sijil halal JAKIM bagi usahawan yang beroperasi dari rumah?

Boleh atau tidak? – Mari kita semak sama-sama agar dapat buat persiapan yang betul kelak apabila sedia untuk mohon sijil halal JAKIM. Sekiranya anda bukan beroperasi dari rumah dan sudah siap sedia untuk memohon halal, semak panduan halal di Halal Certificate Malaysia – The Ultimate Guide yang akan menjelaskan dengan terperinci tentang pensijilan halal.

Permintaan terhadap produk makanan halal yang semakin meningkat secara global telah membuka mata mereka untuk tidak melepaskan peluang mendapatkan pensijilan halal bagi produk yang dihasilkan.

Disebabkan ini, kian tahun ramai usahawan dan “founder produk’ mula mencari jalan untuk mohon sijil halal JAKIM bagi produk mereka samada untuk menembusi pasaran domestik atau keperluan pasaran luar negara.

Pihak kami banyak menerima pertanyaan berkaitan permohonan pensijilan halal Malaysia terutamanya dari para Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang berniaga dari rumah (home based).

Ini antara luahan yang kami terima:

 

“Saya buat homemade cookies dan nak masuk ke supermarket, tapi tiada halal.Dah dekat 5 bulan tak dapat lagi halal sebab kami operasi dari rumah sebelum ni. Baru nak pindah ke premis. Macam mana nak cepatkan proses?

“Keluarga saya buat bisnes serunding dah lama dekat 25 tahun. Tapi tak lepas halal sebab pegawai kata proses di dapur belakang rumah. Mohon sijil halal JAKIM dah mula dari tahun lepas tapi belum selesai lagi sebab masih proses renovasi kilang.”

Sebenarnya senang sahaja untuk memohon pensijilan halal Malaysia jika anda mengikut mengikut standard & prosedur yang telah ditetapkan dengan baik.

Sudah semestinya permohohan halal akan menjadi semakin lancar, cepat dan mudah pula untuk menguruskan apabila membuat pembaharuan setiap 2 tahun.

JAKIM telah menetapkan masa permohonan pensijilan halal adalah dalam lingkungan 3 – 6 bulan sahaja (bergantung kepada komitmen industri dan penjadualan audit).

Malah ada permohonan yang diluluskan kurang dari sebulan sekiranya pemohon mempunyai rekod dokumentasi halal yang teratur yang bersistematik.

mohon sijil halal JAKIM

Kategori ini dikategorikan di dalam ‘Permohonan Fast Track’

Selain dapat meningkatkan hasil jualan sekaligus dapat menjamin keluaran produk yang dihasilkan akan menjadi lebih berkualiti dan selamat.

Paling penting, Brand produk anda akan ada kelebihan berbanding pesaing anda yang belum disahkan halal. Maka, antara persiapan awal yang anda perlu dijalankan adalah:

Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Anda perlu mendaftar perniagaan yang dijalankan kepada pihak SuruhanJaya Syarikat Malaysia (SSM). Mengikut peraturan undang-undang yang telah ditetapkan setiap peniaga online atau offline wajib berdaftar dengan SSM.

Persediaan Premis Bagi Pemprosesan Produk Sebelum Mohon Sijil Halal JAKIM

Tahukah anda,  produk yang dihasilkan dari rumah tidak layak untuk memohon pensijilan halal Malaysia.

“Kenapa tidak layak? Dapur rumah kami sentiasa bersih”

Betul. Tapi kebersihan adalah subjektif. Mungkin anda merasakan keadaan anda bersih tetapi mungkin tidak bersih apabila disemak oleh pegawai kesihatan dari PBT.

Kualiti kerja di rumah dan di premis tidak akan sama.

Mereka mempunyai ‘check-list’ yang berdasarkan kepada garis panduan kebersihan & kualiti makanan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Untuk memohon pensijilan halal, aspek keselamatan makanan amat penting.

Peniaga tidak boleh menjalankan pemprosesan di dapur rumah kerana terdapat barangan dapur kegunaan isi rumah yang mungkin akan bercampur dengan bahan-bahan bagi penghasilan produk makanan anda.

Dengan kata lain, pematuhan halal merangkumi kesemua aspek keselamatan dan kualiti rantai pengeluaran produk (supply chain) bagi mengelakkan sebarang pencemaran kepada penghasilan produk anda.

Bagi memohon pensijilan halal, hanya bahan-bahan mentah bagi penghasilan produk sahaja yang boleh berada di kawasan pemprosesan.

Jadi jika pemprosesan di jalankan di dapur rumah, bagaimana hendak dipastikan perkara ini dapat dikawal dengan baik?

Pensijilan halal Malaysia adalah standard yang tinggi dan bersifat komprehensif, jadi aspek-aspek kawalan bahan mentah halal, aspek kebersihan dan juga aspek keselamatan amat penting sekali.

Oleh yang demikian, kawasan pemprosesan khas untuk pengeluaran produk makanan (premis/kilang) adalah satu kemestian. Pemilihan premis ini juga perlu hati-hati. Kalau salah pilih dan ubah suai, rugi berpuluh ribu juga. Pastikah anda semak dulu 7 kesilapan ini yang ramai orang buat.

Mendapatkan Lesen PBT Untuk Mohon Sijil Halal JAKIM (WAJIB)

Setelah premis/kilang anda tersedia semestinya anda perlu mendapatkan lesen kebenaran menjalankan perniagaan dari pihak berkuasa tempatan.

Sebelum perniagaan dapat beroperasi secara sah, ia perlu memohon lesen daripada pihak berkuasa tempatan seperti yang di syaratkan oleh perundangan.

Semak alamat kilang/premis anda dan kenalpasti PBT yang mengeluarkan lesen tersebut.

Sekiranya di Shah alam, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) adalah PBT yang bertanggungjawab mengeluarkan lesen untuk perniagaan anda. Terus ke bahagian perlesenan MBSA.

Setelah PBT dikenalpasti, siapkan dokumen-dokumen yang lengkap dengan teratur. Untuk tidak perlu berulang-alik berkali-kali ke pejabat PBT, pastikan dokumen-dokumen asas ini telah lengkap:

  1. Salinan SSM pendaftaran perniagaan
  2. Salinan IC pemilik syarikat
  3. Salinan Pelan premis
  4. Salinan Sijil kursus pengendali makanan yang di iktiraf oleh KKM
  5. Salinan dokumen pengesahan suntikan typhoid.

Dapatkan perkhidmatan kawalan makhluk perosak

Memastikan kawasan premis/kilang bebas dari gangguan makhluk perosak seperti tikus, lipas dan haiwan lain adalah merupakan elemen yang sangat penting dalam aspek keselamatan makanan dan struktur premis.

Bagi menjamin kualiti makanan yang dihasilkan, anda boleh melantik syarikat pengendali makhluk perosak bagi menjalankan aktiviti kawalan tersebut.

Semasa pengauditan dijalankan oleh pihak JAKIM/JAIN, antara rekod yang akan diperiksa oleh pegawai audit adalah rekod kawalan makhluk perosak (Pest Control).

Semak Senarai Bahan Mentah, Pastikan Yang Halal Sahaja.

Antara kerja yang paling memakan masa semasa mendapatkan pensijilan halal ialah pengumpulan sijil halal bahan mentah. Tambahan lagi pemohon tidak pernah ada senarai bahan mentah yang dipakai yang di catat dengan baik.

Jadi dalam rangka memohon pensijilan halal, semak dahulu senarai bahan mentah yang digunakan.

Semak juga adakah bahan mentah tersebut mempunyai  pengesahan halal atau tidak. Sekiranya tiada, boleh cuba dapatkan alternatif jenama lain yang ada halal.

Jika dijumpai bahan-bahan yang tidak halal semasa aktiviti pengauditan, kesalahan ini akan dicatat dalam rekod audit pegawai JAKIM.

 

Untuk mohon pensijilan halal JAKIM, ada 2 latihan ini yang anda perlu tahu iaitu Latihan Kesedaran Halal (Halal Awareness Training) dan Latihan Kompetensi Halal (Halal Competency Training) berdasarkan MPPHM (Domestik) 2022.

Anda tidak perlu mengambil kedua-duanya, hanya latihan kesedaran halal sahaja yang mesti di ambil untuk membuat permohonan pensijilan halal nanti. Dokumen ini akan diminta oleh pegawai penyemak dan ia merupakan syarat wajib.

Anda di kehendaki mendaftar pekerja untuk Latihan Kesedaran Halal sebelum pegawai penyemak datang ke premis anda bagi tujuan audit. Semakan sijil kehadiran akan di buat oleh pegawai audit.

Kesimpulan

Persediaan yang sistematik dan pengetahuan yang betul dari peringkat awal amat diperlukan bagi melancarkan untuk mohon sijil halal JAKIM.

Peniaga kecil dari rumah sudah pasti boleh memohon pensijilan halal malaysia dengan lebih cepat jika kesemua prosedur dan persiapan awal dapat dipatuhi dengan baik.

Anda ada masalah lain yang mungkin kami tidak nyatakan diatas?

Boleh kongsikan di ruangan komen untuk dibincangkan 🙂

Similar Posts

28 Comments

  1. hye.. nak tanya.. non-muslim org india boleh ke mohon utk dapatkan halal cert?
    saya menjual wajik… sy seorg non muslim… boleh ke mohon?

    1. Hai Ananthi,

      Ramai orang yang masih keliru yang pensijilan halal JAKIM adalah untuk orang Islam sahaja.

      Kekeliruan ini termasuk orang Islam sendiri.

      Sebenarnya pensijilan Halal Malaysia tidak melihat kepada pemilik syarikat samada Islam ataupun Tidak.

      Yang penting adalah mereka memenuhi syarat permohonan pensijilan halal Malaysia seperti yang dinyatakan di MS1500:2019 & Manual Permohonan Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM Domestik 2020).

      Wajik yang dihasilkan oleh Cik Ananthi juga boleh di iktiraf halal sekiranya memenuhi syarat permohonan.

      Wajik merupakan makanan tradisi melayu, pada saya ia mempunyai potensi yang besar sekiranya di iktiraf halal.

      Sekiranya ada pertanyaan lanjut, boleh hubungi kami melalui program Let’s Chat Halal 100% PERCUMA.

      Terima kasih.

      AF

      HRDF Training Provider | MIHA JAKIM’s Strategic Partnership | MOH Certified Food Handler Training Provider

  2. Assalam.
    Saya ada buat product susu dan minuman tambahan dari kilang yang dah ada sijil halal, mesti iso. Adakah saya perlu daftar dgn halal jakim lagi.
    Produk saya adalah makanan di fahamkan tak perlu daftar kkm.

    1. Waalaikumsalam CHe Noriah,

      Terima kasih kerana membaca blog penulisan kami, semoga mendapat manfaat.

      Soalan Puan kurang jelas untuk saya menjawab.

      Namun begitu, saya cuba sedaya upaya memberi penjelasana.

      1) Puan tidak perlu memohon pensijilan halal sekiranya produk tersebut sudah ada pensijilan halal JAKIM. Namun begitu, sekiranya ia secara OEM, puan mesti memohon pensijilan halal JAKIM sekiranya ingin meletakkan logo halal kepada jenama produk puan.

      2) Sekiranya puan sudah mendapat surat pengesahan daripada NPRA berkenaan status produk makanan puan tidak perlu daftar KKM, jadi Puan tidak perlu daftar KKM. Nasihat saya, buat permohonan dengan NPRA dahulu.

      Sekiranya puan ada pertanyaan lanjut berkenaan Halal & Food Safety, sila hubungi kami di dalam program Let’s Chat > https://bit.ly/letschathalal

      Terima kasih

      Abdul Fazmin

  3. Dulu company tempat kerja saya ini pernah mendaftar e-halal utk produk yg lama, sekarang ada tambahan produk baru.. jadi saya nak daftar dekat e-halal lagi tapi tak ingat id dan password.. sbb dulu org lain yg daftarkan.. boleh tolong saya mcm mana saya nak daftarkan e-halal untuk produk baru kami.

    1. Hi Srinadia,

      Terima kasih di atas pertanyaan ini.

      Untuk masalah ID dan Password, Cik mesti menghubungi pihak JAKIM sendiri bahagian IT. Pihak lain tidak boleh membuat untuk syarikat Cik Srinadia.

      Semoga dapat membantu.

      Terima kasih

  4. Halo, nak tanya kalau saya bukan agama Islam tetapi berpartner dgn kawan beragama Islam adakah saya dapat sijil halal ?

    1. Hello Mr. Lee,

      Terima kasih kerana bertanyakan kepada kami.

      Jawapan ringkas bagi soalan ini ialah : Boleh.

      Malahan sekiranya Mr. Lee tidak berpartner dengan kawan beragama islam pun masih layak untuk memohon pensijilan halal.

      Untuk penjelasan lebih terperinci, kami sarankan untuk mengikuti program webinar Jom Mohon Halal

  5. Terima kasih atas pencerahan berkenaan permohonan sijil halal utk makanan. Namun saya ada 1 soalan berkenaan siil halal yang bukan makanan .
    Saya ada mengeluarkan teh herba berasaskan buah2 yang dikeringkan dan saya hanya buat dari rumah sahaja…
    Soalan saya bagaimana untuk saya dapatkan sijil halal..adakah sama proses macam pengeluar makanan iaitu memerlukan buat makanan di premis bukannya di rumah?

    1. Selamat sejahtera Chuna,

      Soalan yang bagus.

      Teh herba yang di produksi tersebut juga termasuk dalam kategori makanan dan JAKIM ada mengeluarkan Skim Halal untuk produk tersebut.

      Pembuatan produk makanan di premis yang berlesen adalah wajib untuk memohon pensijilan halal. Ini adalah bagi mematuhi peraturan-peraturan kebersihan makanan.

      Semoga menjawab pertanyaan.

      Dapatkan lebih banyak info berkaitan halal di http://www.jommohonhalal.com

      Terima kasih.

    1. Selamat sejahtera Cik Wanie,

      Semoga dalam keaadaan sehat sentiasa.

      Soalan yang pertama adalah boleh kah memohon halal sekiranya operasi dari rumah?
      – JAKIM buat masa ini belum mewujudkan skim Homebased iaitu operasi jualan makanan dari rumah. Namun begitu KKM talah mengiktiraf Homebased seller. Ini bererti berkemungkinan JAKIM akan membuka sim Homebased di masa akan datang.

      Soalan kedua ialah apa yang perlu ada untuk masukkan produk ke pasaraya?
      – SSM adalah wajib walaupun tidak masuk ke pasaraya. Sijil halal adalah wajib tetapi bukan pada semua pasaraya. Selain daripada kedua hal tersebut, aspek yang perlu di beri perhatian adalah keunikan produk, pembungkusan produk, harga tawaran, pemasaran, permintaan terhadap produk dll.

      Adalah bagus sekiranya Cik wanie hubungi sendiri pihak pasaraya, adakan temujanji dan jangan lupa bawa bersama sample produk.

      Semoga menjawab pertanyaan Cik Wanie

  6. Assalamualaikum, saya ingin bertanya. Saya ingin membuat perniagaan menghasilkan kicap daripada air kelapa. Soalan saya, bagaimana hendak mendapatkan sijil halal kerana bahan mentah saya iaitu buah kelapa tiada sijil halal kerana ianya buah-buahan. Adakah terdapat pengecualian sekiranya bahan mentah itu daripada buah-buahan?

    Terima kasih

    1. Waalaikumsalam TUan Naz,

      Terima kasih kerana berkunjung di laman web kami.

      Soalan yang bagus.

      Untuk pengetahuan Tuan, ya, memanga ada pengecualian sekiranya sumber bahan mentah tersebut daripada bahan yang semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan, buah-buahan dan haiwan laut.

      Mohon tuan muat turun ebook panduan halal di http://www.jommohonhalal.com untuk membantu tuan mendapatkan pensijilan halal.

      Semoga menjawab pertanyaan.

      Terima kasih

  7. Assalammualaikum Tuan..saya nak tanya..Seperti Item 2 :

    ” Persediaan premis bagi pemprosesan produk
    Tahukah anda, produk yang dihasilkan dari rumah tidak layak untuk memohon pensijilan halal Malaysia ”

    Soalan saya..Saya ade rumah kosong dan nak dijadikan sebagai tempat pemprosesan produk..boleh ke saya jadikan rumah tu sebagai tempat pemprosesan ? Rumah itu adalah milik saya tapi saya tidak tinggal di sana atau saya perlu juga cari premis lain @ kedai?

    1. Waalaikumsalam Puan Mimi,

      Terima kasih kerana berkunjung ke laman web kami.

      Untuk makluman puan, pihak JAKIM masih belum mengeluarkan Skim pensijilan halal bagi Homebased.

      Walaupun rumah tersebut kosong (Tidak berpenghuni) ia tetap tidak boleh memohon lesen daripada majlis.

      Ada banyak cara untuk memohon pensijilan halal ini, bukan wajib di shoplot sahaja.

      Boleh ikuti perkongsian kami di webinar Jom Mohon Halal untuk lebih “DEEP” berkaitan Halal.

      Booking> http://www.jommohonhalal.com

      Terima kasih.

  8. Assalamualaikum,saya peniaga makanan Dan ingin mengeluarkan produk rempah nasi Arab,perlukah sijil halal,saya sekarang mempunyai SSM,pelan premis, sijil kursus pengendalian makan,dan kad Typhoid ,harap pihak tuan terangkan lagi

    1. Waalaikumsalam Tuan Fadlisham,

      Terima kasih di atas komen Tuan.

      Berdasarkan dari apa yang tuan maklumkan, perniagaan Tuan berpotensi untuk dapatkan pensijilan halal dan MeSTI.

      Sekiranya tuan berminat, boleh hubungi kami segera untuk bantuan di bawah program SUBSIDI PENJANA100+.

      Boleh hubungi Team halal kami 017-6479247

      Semoga perniagaan Tuan bertambah maju!

  9. Assalamualikum, saya ada 1 pertanyaan, sekiranya saya ingin mendapatkan sijil halal untuk permis makanan seperti kantin sekolah, restorant atau cafe . Tapi oleh kerana kantin sekolah terikat kontrak. Permis berniaga sering bertukar-tukar. Adakah boleh mendapatkan sijil halal permis makanan tersebut? Apakah sijil halal tersebut boleh di pakai sekiranya permis tersebut telah berpindah ke lokasi lain? Atau pun sijil halal tersebut hanya boleh di guna di alamat permis/lokasi yang telah dipohon di dalam borang permohonan sahaja?

    1. Waalaikumsalam Cik Atira,

      Terima kasih kerana bertanya.

      Pensijilan halal sah selama 2 tahun bagi setiap permohonan yang berjaya. Sekiranya dalam tempoh tersebut berpindah-pindah, maka perlulah membuat permohonan halal semula.

      Sijil halal tersebut hanya sah di gunakan pada premis yang di pohon yang diluluskan sahaja.

      Semoga mendapat penjelasan.

  10. Assalamualaikum, saya ada 1 pertanyaan. Saya menjual makanan berasakan kerepek dan kerepek tersebut diambil daripada kilang. Saya hendak memasarkan produk kerepek ke pasaraya dan memerlukan sijil halal dan pelabellan makanan. Bagaimana saya hendak memohon perkara tersebut sedangkan saya hanya repack semula produk di rumah baru dipasarkan?

    1. Waalaikumsalam Puan Nurul,

      Terima kasih kerana melawati laman web kami.

      Ye untuk perniagaan seperti puan, pembungkusan semula, puan perlu mendapatkan pensijilan Halal dan pelabelan yang mematuhi peraturan perlu di buat.

      Untuk sebarang proses yang di lakukan di rumah, belum ada skim pensijilan halal di buka bagi skim ini.

      Buat masa sekarang tiada jalan lain melainkan puan berpindah operasi pembungkusan semula puan di premis yang boleh di mohon lesen dari pihak berkuasa tempatan.

      Kami sangat sarankan puan untuk menyertai webinar Jom Mohon Halal yang akan menceritakan tentang syarat-syarat pensijilan halal dan bagaimana untuk memulakan permohonan pensijilan halal.

      Semoga ini dapat menjawab pertanyaan puan.

      Terima kasih

  11. Salam saya nak tanya. Saya ada ssmua document berkenaan kecuali pelan premis. Sdbab beroperasi dr rumah. Tp dapur saya asing dr dapur hariam. Boleh mohon ke? Sebab dapur pemprosesan makanan saya tak campur dgn dapur harian. Tq

    1. Waalaikumsalam Tuan,

      Tahniah tuan kerana mengambil langkah yang betul ke arah pensijilan halal.

      Skim pensijilan halal masih belum di buka untuk perniagaan operasi dari rumah.

      Sungguhpun dapur sudah di asingkan seperti yang di maklumkan, namun “Asing” yang di maksudkan itu seperti mana tidak dapat kami gambarkan.

      “Asing” yang di maksudkan dalam konteks pensijilan halal adalah bangunan yang tidak bercantum. ini bermaksud dapur tersebut mesti berada di bangunan lain yang tidak bercantum dengan rumah anda.

      Kami sarankan Tuan untuk ikuti program Webinar Jom Mohon Halal untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan pensijilan halal dan persediaannya.

      Semoga dapat menjawab pertanyaan tuan.

      Terima kasih

  12. Artikel ni bincang pasal cara mohon sijil halal untuk home-based, tapi JAKIM tak terima pulak makanan buat dari rumah, syaratnya kena ada premis kedai. Baik tulis awal-awal situ “Business home-based tak dibenarkan sijil Halal”. Mungkin peniaga nasi lemak tepi jalan lagi 50 tahun baru dapat sijil halal

    1. Salam sejahtera,

      Terima kasih kerana melawati laman web ini. Maaf kerana kekecewaan yang tuan hadapi. Tajuk tersebut tidak salah maksud, cuma “Expectation” Tuan yang berbeza.

      Sebagai tambahan, bukan 50 tahun lagi baru peniaga nasi lemak tepi jalan dapat halal, kalau mohon sekarang dengan cara pelaksanaan yang betul pasti dapat.

      Contohnya peniaga nasi lemak tepi jalan yang menggunakan Food Truck. Ini layak untuk mohon pensijilan halal.

      Jangan banyak alasan, tapi banyakkan perubahan ke arah pencapaian.

      Sekian, Terima kasih.

      Abdul Fazmin

Comments are closed.