GMP Implementation Course merupakan kursus latihan yang memfokuskan tentang cara membangunkan sistem GMP di dalam sesebuah organisasi.
Good Manufacturing Practice (GMP) atau Amalan Pengilangan Baik memastikan produk dihasilkan dan dikawal secara konsisten mengikut piawaian kualiti. GMP meminimumkan risiko yang terlibat dalam sebarang pengeluaran makanan atau bukan makanan yang tidak boleh dihapuskan melalui ujian produk akhir.
Apabila dilaksanakan, GMP boleh membantu mengurangkan kerugian dan pembaziran kemudahan serta membantu melindungi syarikat, pengguna dan alam sekitar daripada bahaya. GMP merangkumi semua aspek pengeluaran, termasuk bahan, premis, peralatan, latihan, dan kebersihan diri kakitangan.
Kursus GMP Implementation Training peringkat Intermediate-Advance ini akan mengajar para peserta untuk melaksanakan Amalan Pengilangan Baik dengan berkesan dalam persekitaran pengendalian makanan dan terutamanya berdasarkan keperluan yang dirujuk dalam piawaian MS1514:2022 yang terkini.
Bagi pembelajaran yang optimum, adalah di galakkan peserta memahami asas GMP dan disarankan untuk kursus GMP Implementation Course di gabungkan bersama GMP Awareness Training.
Download GMP Implementation Course Outline