Pengenalan Kursus

HACCP Implementation Course merupakan kursus latihan yang memfokuskan tentang cara membangunkan sistem HACCP di dalam sesebuah organisasi.

Hazard Analysis Critical Control Points (HACCP) atau Titik Kawalan Kritikal Analisis Bahaya ialah rangka kerja yang dicipta sebagai tindak balas kepada potensi risiko yang wujud semasa makanan disediakan, dikilang atau dibungkus, membantu mereka yang bertanggungjawab mengenal pasti, mengawal dan meminimumkan risiko.

Mana-mana organisasi yang menghasilkan produk makanan boleh melaksanakan HACCP ke dalam proses dalam mana-mana saiz persekitaran, daripada kilang besar di mana produk dihasilkan secara besar-besaran kepada dapur kecil yang berfungsi di mana makanan disediakan dengan tangan dan dihidangkan terus kepada pelanggan.

Ia juga berguna untuk mengetahui bahawa HACCP direka bentuk supaya ia boleh digunakan pada mana-mana peringkat proses pengeluaran makanan. Kursus HACCP Implementation Course peringkat Intermediate-Advance ini akan mengajar peserta untuk melaksanakan sistem HACCP secara berkesan dalam persekitaran pengendalian makanan dan terutamanya berdasarkan keperluan yang dirujuk dalam piawaian terkini iaitu MS1480:2019.

Bagi pembelajaran yang optimum, adalah di galakkan peserta memahami asas GMP & HACCP seperti berikut:

Download HACCP Implementation Course Outline

Tempoh Latihan

2-Days

Bahasa Digunakan

Bahasa Melayu / Inggeris

Pilihan Latihan

In-House

Kandungan Kursus

Berikut merupakan topik-topik yang akan di bentangkan di dalam Kursus HACCP Implementation Course:

  1. Pengenalan Food Safety Management System (FSMS)
  2. Pengenalan kepada HACCP
  3. Skim Pensijilan Malaysia (MCS) Untuk HACCP
  4. Kepentingan Program Pra Keperluan HACCP: Pemahaman dan Pelaksanaan Elemen-elemen dalam Amalan Pengilangan Baik untuk Organisasi Industri Makanan Menurut MS1514:2022 GMP (Semakan Kedua).
  5. Gambaran Keseluruhan Bahaya
  6. Membangun dan melaksanakan Pelan HACCP Mengikut piawaian HACCP MS1480:2019.
  7. Tujuh Prinsip HACCP
  8. Rumusan & Kesimpulan

Hasil Pembelajaran

Secara khususnya, pada akhir latihan ini para peserta akan dapat:

  1. Memahami apa itu keselamatan makanan dan kepentingan keselamatan makanan dalam industri pembuatan dan pemperosesan makanan
  2. Memperoleh pengetahuan tentang MS1480:2019 HACCP, perundangan dan peraturan lain yang berkaitan tentang keselamatan makanan di Malaysia.
  3. Meningkatkan pengetahuan, keyakinan dan kemahiran yang diperlukan untuk memacu pelaksanaan HACCP dalam organisasi dengan memahami infrastruktur yang diperlukan untuk melaksanakan sistem HACCP sejurus membangunkan sistem/pelan/Manual HACCP
  4. Membiasakan diri dengan istilah teknikal dari bidang HACCP dan maksudnya.
  5. Penyelenggaraan dan semakan (Review) sistem HACCP

PERLUKAN LATIHAN SECARA IN-HOUSE?

Hubungi kami atau klik butang di bawah untuk dapatkan sebut harga.

Siapa Yang Patut Menghadiri Kursus Ini?

Sangat disyorkan kursus ini kepada sesiapa yang terlibat secara aktif dalam pembangunan dan penyelenggaraan sistem pengurusan keselamatan makanan syarikat seperti:

  • Komiti Keselamatan Makanan Dalaman
  • Compliance Team
  • Pengurus (Manager)
  • Penyelia (Supervisor)

Penyedia Latihan Berdaftar & Bertauliah

PROFILE TENAGA PENGAJAR

  • FSSC 22000 V5.1/ISO 22000:2018 Food Safety Management Systems Auditor/Lead Auditor
  • Vocational Training Officer (VTO)
  • TTT HRCD (Exempted) Certified Trainer
  • Certified Halal Executive by Halal Professional Board (HPB)
  • Certified Food Handler Trainer by MOH
  • Vocational Training Officer (VTO – Massage Therapy & Beautician)
  • Certified Practitioner by the Council of Traditional and Contemporary Medicine (2021)
  • Certified Internal Halal Auditor by HPB

Soalan - Soalan Lazim

  • Adakah Yuran Kursus Ini Boleh Di Tuntut Melalui HRDF/HRDCorp?

    Ya.

    Kami merupakan syarikat yang berdaftar dengan HRDF / PSMB / HRDCorp dan kursus ini boleh adalah 100% Claimable.