Syarat baru seperti yang dinyatakan dalam MPPHM (Domestik) 2020 bahawa semua syarikat WAJIB memastikan Halal Competency Training / Latihan Kompetensi Halal dilaksanakan sekurang-kurangnya 3 tahun sekali kepada Ahli Jawatankuasa Halal Dalaman (Internal Halal Committee).
Latihan ini akan meningkatkan tahap pengetahuan dan kecekapan ahli Jawatankuasa Halal Dalaman dalam meningkatkan keselamatan makanan & halal di dalam ekosistem pengeluaran produk makanan syarikat.
Para peserta akan didedahkan dengan Amalan Halal yang Baik di dalam membangunkan sistem pengurusan halal serta mengamalkan Sistem Jaminan Halal dalam operasi harian di dalam organisasi.
Kursus latihan ini tidak sama dengan Halal Awareness Training yang diwajibkan di hadiri oleh semua pekerja khusus di bahagian pemperosesan sekurang-kurangnya 3 tahun sekali.
Halal Competency Training 2024
Al Barakah dengan kerjasama syarikat penyedia latihan halal yang berdaftar di bawah Halal Professional Board menjalankan latihan ini secara aktif melalui pilihan berikut:
- Latihan secara umum berjadual – Rujuk tarikh Halal Competency Training Online
- Latihan secara in-House Online
- Latihan secara In-House Fizikal
Isi Kandungan Latihan
Bagi latihan Halal Competency Training ini, aspek-aspek yang akan diberi penekanan adalah berdasarkan manual MPPHM 2020 iaitu:
- Pemahaman Syariah dan fatwa;
- Malaysian Standard (MS);
- Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia;
- Sistem Pengurusan Halal Malaysia (MHMS);
- Perundangan berkaitan halal; dan
- Ramuan kritikal (jika berkaitan).
Sijil Latihan Kompetensi Halal
Merujuk kepada Manual Permohonan Pensijilan Halal Malaysia 2020 (MPPHM 2020) yang terkini, klausa (17) (12) (E) & (F), bahagian Latihan:
(e) Latihan kompetensi halal hendaklah dilaksanakan sekurang- kurangnya tiga (3) tahun sekali kepada semua ahli Jawatankuasa Halal Dalaman yang dilantik secara rasmi oleh pihak pengurusan tertinggi syarikat;
(f) Latihan kompetensi halal hendaklah dikendalikan oleh Penyedia Latihan Halal yang berdaftar di bawah HPB JAKIM atau pihak berkuasa berwibawa
Sijil Halal Competency Training yang di keluarkan kepada peserta setelah tamat latihan adalah di iktiraf Halal JAKIM dan JAIN yang di keluarkan oleh syarikat rakan strategi Al Barakah Training Solution yang berdaftar dengan Halal Professional Board (HPB)
LIHAT PAMPLET HALAL COMPETENCY TRAINING [HCT]