Kursus Pengendalian Makanan Shah Alam Siri 36/2016
Kursus Asas Pengendalian Makanan, Shah Alam Siri 36/2016
Usai sudah Kursus Latihan pengendali makanan siri ke 36 bagi tahun 2016 yang diadakan di Seksyen 20, Shah alam.
Kursus adalah anjuran kami iaitu dari syarikat Al-Barakah Training Centre PLT dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia.
Tenaga pengajar pada sesi kali ini adalah Tuan Sham yang berpengalaman 15 tahun sebagai pengurus cawangan kepada sebuah syarikat gergasi rangkaian restoran iaitu KFC.
Tuan Sham merupakan pakar dalam selok-belok pengurusan & keselamatan makanan di restoran.