Pengenalan Kursus

Kursus Pengendali Makanan Secara Online – Dapatkan Sijil Sah KKM & PBT!

Daftar Kursus Pengendali Makanan hari ini dan dapatkan sijil kursus latihan pengendali makanan dalam tempoh 24-48 Jam secara Online, In-house atau kelas fizikal. Sijil pengendali makanan yang di perolehi adalah sah selamanya.

Di Malaysia, keselamatan makanan adalah tanggungjawab undang-undang. Menurut Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya, SETIAP orang yang mengendalikan makanan secara komersial WAJIB menjalani Latihan Pengendali Makanan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Kursus ini bukan sekadar formaliti, tetapi benteng pertama dalam mencegah keracunan makanan dan wabak bawaan makanan yang boleh memudaratkan kesihatan awam dan merosakkan reputasi perniagaan anda. Kursus Pengendali Makanan Online oleh AL-Barakah direka khusus untuk memenuhi keperluan mandatori ini dengan cara yang paling fleksibel, efisien dan komprehensif.

Dengan sijil kami yang diiktiraf sepenuhnya, anda dan pasukan anda boleh beroperasi dengan yakin, mengetahui bahawa anda mematuhi semua standard keselamatan makanan negara.

Kursus Pengendali Makanan Al Barakah Training Solution

Daftar Kursus Pengendali Makanan Online

Al Barakah Training Solution Sdn Bhd merupakan syarikat yang di lantik untuk menganjurkan latihan pengendali makanan ini dengan Nombor Siri: A/B/025

Pekerja yang mengendalikan makanan tanpa menghadiri Khusus Pengendali Makanan, sekiranya di dapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara maksima 2 Tahun atau denda RM10,000 atau keduanya.

Perniagaan juga berisiko untuk diarahkan tutup selama 14 Hari sekiranya di dapati pekerja tidak mematuhi garis panduan yang di tetapkan.

KENAPA LATHAN INI PENTING?

Mengabaikan latihan ini bukan sahaja melanggar undang-undang, tetapi juga membawa risiko besar:

  • Risiko Kesihatan Awam: Penyakit bawaan makanan seperti keracunan makanan.

  • Risiko Perniagaan: Tindakan undang-undang, denda berat, penutupan premis, dan kerosakan imej yang teruk.

  • Risiko Kewangan: Kehilangan keyakinan pelanggan dan hasil pendapatan.
    Menyertai kursus ini adalah pelaburan langsung dalam kelestarian dan reputasi perniagaan makanan anda. Ia menunjukkan komitmen anda terhadap kualiti dan keselamatan.

Naik Taraf: Untuk pengusaha, pengurus dan pihak pentadbiran (Komiti makanan) yang ingin mendalami aspek perundangan makanan Malaysia dengan lebih terperinci bagi tujuan pematuhan syarikat, kami sangat mengesyorkan untuk mengikuti kursus khusus kami: Navigating Food Laws: Malaysia’s Food Acts & Regulations Explained.

OBJEKTIF KURSUS

Selepas mengikuti kursus ini, organisasi dan peserta akan dapat:

  1. Memahami sepenuhnya keperluan undang-undang makanan Malaysia yang mesti dipatuhi.

  2. Melaksanakan amalan pengendalian makanan yang selamat dan bersih (GMP/GHP) di setiap peringkat operasi.

  3. Mengenal pasti dan mengawal bahaya makanan (biologi, kimia, fizikal) untuk mencegah pencemaran.

  4. Membangunkan budaya kesedaran keselamatan makanan di tempat kerja.

TOPIK UTAMA YANG DILIPUTI

Kursus 3 jam ini dirangkumi untuk memberi anda pengetahuan praktikal:

  • Undang-Undang & Peraturan Makanan: Akta Makanan 1983, peranan KKM & PBT.

  • Prinsip Kebersihan & Keselamatan Makanan: Amalan baik vs. amalan buruk.

  • Kawalan Bahaya Makanan: Pencegahan pencemaran silang, kawalan suhu, pemilihan bahan mental.

  • Kawalan Premis & Serangga: Menjaga persekitaran kerja yang selamat.

  • Faktor Kritikal Keracunan Makanan: Bagaimana ia berlaku dan cara mencegahnya.

Naik Taraf: Bagi peserta dari industri pembuatan makanan yang memerlukan kefahaman Amalan Pengilangan Baik (GMP) yang lebih menyeluruh dan praktikal, kursus khusus GMP Awareness Training kami adalah pelengkap yang sempurna untuk membina sistem kualiti yang kukuh.

MANFAAT PRAKTIKAL UNTUK PEKERJA

Pekerja anda akan mendapat kemahiran yang boleh digunakan serta-merta:

  • Teknik Penyimpanan yang Betul: Memastikan bahan mental kekal segar dan selamat.

  • Prosedur Pembersihan & Sanitasi: Kawasan kerja yang bersih mengurangkan risiko.

  • Pengendalian Peralatan & Perkakasan dengan Selamat.

  • Pengurusan Sisa Makanan yang efektif.

  • Komunikasi yang lebih baik mengenai isu keselamatan makanan dalam pasukan.

METODOLOGI KURSUS PENGENDALI MAKANAN ONLINE

Kami memahami anda sibuk. Itulah sebabnya platform Kursus Online kami direka untuk kemudahan maksimum:

  • Akses 24/7: Belajar pada bila-bila masa, di mana sahaja menggunakan komputer, tablet atau telefon.

  • Kandungan Interaktif: Video, kuiz, dan grafik yang menarik untuk pemahaman yang lebih baik.

  • Panduan Langkah-demi-Langkah: Modul yang disusun dengan rapi dan mudah diikuti.

  • Sokongan Tutor: Bantuan tersedia jika diperlukan semasa tempoh latihan.

PENIAGA MAKANAN ‘HOMEBASE’

Bermula May 2020, KKM telah mewajibkan juga peniaga yang menyediakan makanan dari rumah untuk jualan untuk mendapatkan sijil kursus latihan pengendali makanan.

Pandemik COVID19 menyaksikan bertumbuhnya peniaga atau seller online yang menjual makanan kerana desakan berhenti kerja dan permintaan yang mendadak naik kerana rakyat Malaysia terpaksa tinggal di rumah (Work From Home).

Ekoran dari ini, terjadinya kes puding telur yang mengakibatkan kematian di terengganu dan hasilnya KKM mewajibkan peniaga dari rumah untuk hadir juga kursus pengendali makanan agar ilmu tentang kebersihan makanan dapat di pelajari.

Program Lanjutan Keselamatan Makanan Malaysia

Kursus Pengendali Makanan ini adalah asas yang wajib. Bagi penyelia, pengurus, dan pasukan yang ingin membawa pematuhan keselamatan makanan ke tahap yang lebih tinggi, kami menawarkan program lanjutan:

📈 Ingin Meningkatkan Tahap Keselamatan Makanan Organisasi Anda?

  • Comprehensive Food Safety Training for Food Service: Kursus mendalam merangkumi pengurusan risiko dan prosedur kawalan yang lebih kompleks sesuai untuk Hotel, Katering, Dapur Konvensyen, Dapur Hospital dan Kantin kilang

  • Halal Awareness Training: Penting untuk pasaran Malaysia. Lengkapkan pengetahuan pasukan anda dengan kefahaman prosedur HALAL yang betul, yang melengkapi prinsip keselamatan makanan asas.

Nota Modul Kursus Pengendalian Makanan Malaysia

Nota kursus pengendalian makanan akan diberikan secara percuma kepada peserta yang mendaftar bersama Al Barakah Training Solution.

Jangan tangguh tanggungjawab undang-undang dan keselamatan anda!

🏆 Sertai +50,000 Pengendali Makanan Bertauliah yang telah memilih AL-Barakah.
Dapatkan Sijil Diktiraf Rasmi anda dengan pantas dan mudah.

✅ DAFTAR SEKARANG UNTUK KURSUS ONLINE! ✅

Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) Bertauliah & Berdaftar

Untuk pertanyaan: sa***@************om.my / +6017-328-4947 (Isnin-Jumaat / 9PG – 5PTG)

SURVEY : 90% RESPONDEN MEMILIH KURSUS SECARA ONLINE

Daftar Kursus Pengendalian Makanan Online Hari Ini

Kandungan Kursus

Modul Kursus Pengendali Makanan terbahagi kepada 4 seksyen yang berlangsung selama 3 jam

  • Undang-undang dan peraturan makanan
  • Kebersihan Makanan
    • Amalan pengendalian makanan yang buruk dan baik
    • Program kawalan premis dan perosak
  • Keselamatan makanan
    • Pemilihan, pengendalian dan cara menyimpan makanan mentah.
    • Pencemaran silang
    • Membungkus dan menghidangkan makanan
  • Faktor-faktor kritikal keracunan makanan

Hasil Pembelajaran

Pada akhir kursus, peserta akan dapat:

  • Menerangkan kepentingan keselamatan dan kebersihan makanan.

  • Merumuskan tanggungjawab undang-undang pengendali makanan dan pengusaha perniagaan makanan.

  • Mengenal pasti dan menerangkan jenis bahaya makanan yang boleh menjejaskan kesihatan serta cara menghapuskan/mengurangkannya.

  • Meminimumkan / mencegah pencemaran silang.

  • Mengamalkan amalan GMP/GHP di premis makanan.

Tempoh Latihan

3 Hours

Bahasa Digunakan

English & Bahasa Malaysia

Pilihan Latihan

Public & In House

Siapa Yang Patut Menghadiri Kursus Ini?

Secara umumnya, semua pengendali makanan yang mengendalikan makanan di Malaysia WAJIB untuk menghadiri Kursus Pengendalian Makanan.

Pengendali makanan di sini bermaksud siapa sahaja yang mengendalikan makanan secara langsung atau tidak langsung untuk tujuan komersial.

Ini termasuk dan tidak terhad kepada:

  • Pasaraya
  • Industri Pembuatan Makanan
  • Kedai Makanan (kantin sekolah, kiosk, gerai, medan selera, restoran, pasar, pasar malam dan lain-lain),
  • Hospitaliti & Pelancongan seperti hotel/resort, Dapur Hospital dan Dapur PLKN
  • Taska, Tadika, Pusat jagaan kanak-kanak, Pusat Jagaan dan kebajikan
  • Semua jenis katering termasuk katering minyak & gas luar pesisir
  • Perkhidmatan Makanan & Minuman (F&B)

  • Peruncitan (Bahagian Makanan Segar & Diproses)

  • Katering & Logistik Makanan

Penyedia Latihan Berdaftar & Bertauliah

PROFILE TENAGA PENGAJAR

Food Handling Certificate Online - Haji Rahman

Tuan Haji Rahman

Soalan - Soalan Lazim