Biasa Tapi Merbahaya – Pencemaran Silang (Bhgn1)
Biasa Di Buat Tapi Amat Merbahaya – Pencemaran Silang
Pernahkah kita menggunakan pisau yang sama untuk memotong ayam dan sayur di rumah atau di restoran?
Meletak pencedok ais dalam tong ais?
Memegang handphone ketika mengendalikan makanan?
Ya, Ini adalah amalan biasa yang kita pernah lihat dan menjadi rutin harian sebilangan pengendali makanan.
Tapi tahukan anda amalan tersebut merupakan antara faktor utama kepada keracunan makanan?
Pencemaran silang atau dalam bahasa inggeris di sebut Cross Contamination berlaku apabila mikroorganisma secara tidak sengaja dipindahkan dari satu bahan ke bahan yang lain dan menyebabkan kesan yang berbahaya.
Contohnya seperti penggunaan pisau/papan pemotong yang sama untuk memotong ayam🍗 dan timun 🥒.
Ayam mentah mempunyai jumlah bakteria yang sangat banyak dan berbahaya😈 seperti Salmonella. Apabila kita memotong ayam tersebut , bakteria daripada ayam boleh berpindah kepada pisau dan papan pemotong.
Sekiranya kita menggunakan pisau🔪 dan papan pemotong yang sama untuk memotong bahan lain seperti timun, bakteria daripada peralatan tersebut akan berpindah pula ke timun.
Kesannya timun tersebut kini telah dicemari bakteria yang berbahaya dan apabila dihidangkan secara mentah dalam nasi lemak, nasi goreng, laksa dan bihun goreng, bakteria dari timun tersebut akan mencemari makanan dan boleh menyebabkan keracunan makanan.🤮💀
Bagaimana untuk untuk mengelak pencemaran silang ini? Ha yang ni kita akan sambung dalam post yang akan datang.
Anda ada pengalaman melihat perkara-perkara sebegini di Restoran? komen di bawah
#kursuspengendalianmakanan
#pencemaransilang
#keracunanmakanan
#foodhandlerclass
#BKKM