Daftar Kursus Pengendali Makanan hari ini dan dapatkan sijil kursus latihan pengendali makanan dalam tempoh 24-48 Jam secara Online, In-house atau kelas fizikal. Sijil pengendali makanan yang di perolehi adalah sah selamanya.
Kementerian Kesihatan Malaysia telah mewajibkan kursus ini seperti yang di nyatakan di dalam Akta Makanan 1983 di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Sijil Kursus Pengendalian Makanan ini hanya boleh di keluarkan oleh syarikat yang di lantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Al Barakah Training Solution Sdn Bhd merupakan syarikat yang di lantik untuk menganjurkan latihan pengendali makanan ini dengan Nombor Siri: A/B/025
Pekerja yang mengendalikan makanan tanpa menghadiri Khusus Pengendali Makanan, sekiranya di dapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara maksima 2 Tahun atau denda RM10,000 atau keduanya.
Perniagaan juga berisiko untuk diarahkan tutup selama 14 Hari sekiranya di dapati pekerja tidak mematuhi garis panduan yang di tetapkan.
Sasaran Peserta Kursus Pengendali Makanan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewajibkan semua pengendali makanan yang mengendalikan makanan samada secara langsung atau tidak langsung untuk menghadiri kursus ini sekali seumur hidup dengan syarikat yang berdaftar.
Terdapat banyak kategori yang di kenali sebagai pengendali makanan yang di sasarkan oleh KKM termasuk:
- Pekerja Restoran
- Pekerja Kafe
- Pekerja kilang makanan dan minuman
- Pekerja Tadika, Taska & Tabika
- Pekerja di pusat jagaan
- Kakitangan dapur hospital yang mengendalikan makanan
- Pramugari dan Pramugara yang menghidangkan makanan di pesawat
- Pekerja kantin sekolah, kantin asrama, kolej dan universiti
- Semua pekerja katering
- Peniaga dan penjaja di tepi jalan
- Peniaga pasar malam, pasar pagi, pasar tani & pasar borong
- Penjual Ais krim bermotor
- Peniaga Food truck
Peniaga Makanan Dari Rumah atau Homebased
Bermula May 2020, KKM telah mewajibkan juga peniaga yang menyediakan makanan dari rumah untuk jualan untuk mendapatkan sijil kursus latihan pengendali makanan.
Pandemik COVID19 menyaksikan bertumbuhnya peniaga atau seller online yang menjual makanan kerana desakan berhenti kerja dan permintaan yang mendadak naik kerana rakyat Malaysia terpaksa tinggal di rumah (Work From Home).
Ekoran dari ini, terjadinya kes puding telur yang mengakibatkan kematian di terengganu dan hasilnya KKM mewajibkan peniaga dari rumah untuk hadir juga kursus pengendali makanan agar ilmu tentang kebersihan makanan dapat di pelajari.
Nota Modul Kursus Pengendalian Makanan Malaysia
Nota kursus pengendalian makanan boleh di dapati dengan memuat turun (Download) melalui link yang diberikan. Format yang akan di muat turun adalah dalam bentuk PDF
Download Nota Kursus Pengendalian Makanan (Format: .pdf | Saiz : 17.5MB)