Mohon Halal Sendiri- Featured Image

Mohon Halal Sendiri Atau Permohonan Di Tolak – JAKIM

Mohon halal sendiri atau berisiko di taolak permohonan oleh JAKIM. Ini bermasksud tiada lagi orang tengah dalam urusan pensijilan halal.

Pensijilan halal JAKIM merupakan antara sijil halal yang mempunyai kredibiliti yang tinggi dan diakui majoriti negara. Itu tidak dapat dinafikan lagi kerana JAKIM pada masa ini telah menjalin usahawama dengan 84 badan pensijilan halal luar negara dari 46 buah negara.

Penipuan Dalam Urusan Pensijilan Halal

Sungguhpun permohonan pensijilan halal bersifat sukarela dan bukan diwajibkan, namun populariti pensijilan halal di kalangan pengeluar produk sangat tinggi kerana ia menambah nilai kepada kekuatan imej dan jenama produk tersebut.

Oleh kerana ini, golongan ‘opportunist’ mengambil peluang yang baik ini kerana permintaan yang tinggi untuk menipu usahawan dengan menjanjikan sijil halal ekspres kepada mereka dengan pelbagai cara.

Isteri Juara Da'i / daie Farhan yang di dakwa menipu sebagai ejen mohon sijil halal jakim

Terbaru, isteri kepada Da’i (Pendakwah) dituduh tipu urusan sijil halal JAKIM.

Disebabkan hal ini dan sebenarnya terdapat banyak lagi kes-kes penipuan ini, maka JAKIM melalui Bahagian Hab Halal JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) telah memutuskan untuk tidak lagi ingin berurusan dengan mana-mana pihak ketiga, perunding(consultant), runner dan ejen yang membuat permohonan bagi pihak syarikat.

Permohonan hendaklah dilakukan dan diuruskan sendiri oleh pihak syarikat tanpa melibatkan orang tengah yang membuat permohonan bagi pihak syarikat.

Halal Consultant

Perunding halal atau lebih dikenali sebagai Halal Consultant banyak bertindak sebagai orang tengah dalam mengendalikan proses permohonan pensijilan halal Malaysia.

Untuk mohon pensijilan Halal JAKIM dengan betul dan mudah, pemohon boleh terus membuat permohonan atas talian melalui sistem permohonan My-Ehalal JAKIM

Untuk pensijilan Halal, Perunding halal adalah sekadar membimbing dan mengajar pemohon untuk mengendalikan permohonan sahaja dan tidak berurusan langsung kepada pihak JAKIM/JAIN.

Kami di Al Barakah Training Solution adalah merupakan halal consultant yang menepati syarat dan kriteria yang ditetapkan oleh JAKIM. 

2022 ABTS Flyer Halal Consultant

Sumber: FB Hab Halal JAKIM

Pihak JAKIM/JAIN telah menerima terlalu banyak aduan berkenaan penipuan pensijilan halal yang dilakukan oleh individu-individu atau syarikat yang tidak bertanggungjawab yang pada akhirnya mencemarkan nama institusi JAKIM/JAIN sendiri.

Hebahan rasmi Bahagian Hab Halal JAKIM di Facebook berkenaan urusan permohonan pensijilan halal JAKIM
Sumber: FB Hab Halal JAKIM

Mengenalpasti Halal Consultant Yang “Genuine

Berdasarkan pengalaman kami , ini checklist yang anda boleh semak untuk tapisan perunding:

1 – Syarikat / Individu – Pastikan anda berurusan dengan syarikat dan bukan individu. Sekiranya individu tersebut mengaku dari syarikat sekian, pastikan anda hubungi syarikat tersebut untuk pengesahan.

2 – ‘Ada Orang Dalam’ – Sekiranya anda dengar ayat-ayat seperti ini dari individu yang menawarkan perkhidmatan perunding sijil halal, ‘take note’. Ada orang dalam atau tidak, itu bukan ukuran.

Kalau ikut garis panduan yang ditetapkan mesti akan lulus, kalau tak ikut garis panduan, memang tidak akan lulus walaupun berjiran dengan Pengarah JAKIM.

3 – Proses singkat 1-2 bulan – Hati-hati sekiranya individu tersebut cakap seperti ini. Ini ayat nak ‘Close-Deal’ cepat kerana pada hakikatnya 1-2 bulan permohonan itu hanya on-paper sahaja, nampak cantik dan lancar tetapi belum tentu semasa pelaksanaanya.

Namun tidak dinafikan juga ada permohonan halal yang cepat, iaitu yang telah dikenalpasti oleh JAKIM kredibiliti pegawai eksekutif halal dan kemampuan menguruskan pensijilan halal dengan baik. Ini akan dimasukkan di dalam permohonan ‘Fast-Track’

4 – Fee perunding terlalu murah – Usahawan paling suka dengan tawaran perkhidmatan sijil halal murah-murah. Tetapi inilah penipuan paling banyak terjadi tetapi paling kurang direkodkan.

Mungkin kerana jumlah kurang seribu kerugiannya jadi dianggap tiada rezeki. Hati-hati jika dapat tawaran seperti ini.

Kesimpulan

Pensijilan Halal Malaysia merupakan pengiktirafan yang sangat bagus dan semestinya wajib untuk usahawan makanan memohon pensijilan ini kerana impak yang diberikan kepada jenama produk.

Namun begitu, adalah merupakan tanggungjawab usahawan untuk mendapatkan informasi berkenaan pensijilan halal melalui seminar, latihan kesedaran halal, atau bertanyakan terus kepada pihak berwajib seperti JAKIM dan JAIN.

Paling mudah adalah dengan telefon terus kepada JAKIM dan JAIN di talian tersebut untuk mendapatkan informasi.

Sebagai langkah tapisan awal, pemohon boleh gunakan tips yang diberikan diatas sebagai panduan memilih syarikat untuk membimbing permohonan pensijilan halal anda.

Atau sekiranya anda betul-betul ingin mohon sijil halal sendiri, boleh ikuti webinar Jom Mohon Halal dengan hanya RM10. Daftar di www.jommohonhalal.com

Apa pandangan anda?

Ada pengalaman memohon pensijilan halal sendiri atau melalui pihak ketiga?

Share pandangan anda di ruangan komen 🙂

Similar Posts