Semak 7 Kesilapan Ini Sebelum Mohon Sijil Halal Dan Jimat Beribu Ringgit
Pensijilan Halal Malaysia atau Halal Certification merupakan satu ‘standard’ atau piawaian yang dirangka oleh pakar-pakar industri dari aspek sains bio-teknologi, sains makanan, syariah dan keselamatan makanan.
Ia mempunyai standard yang tinggi.
Sama juga seperti standard-standard lain yang telah ada di pasaran seperti Good Manufacturing Practice (GMP), Hazard Analysis and Critical Point (HAACP), ISO 22000 dan lain-lain pengiktirafan yang ada.
Namun begitu pada pendapat peribadi saya, pensijilan halal merupakan standard yang paling tinggi.
Ini adalah kerana ia bukan sahaja melibatkan kebersihan dan keselamatan makanan tetapi termasuk aspek syariah di mana aspek ini cukup penting bagi umat islam kerana ia melibatkan akidah.
Gagal Mengikut Piawaian Ubahsuai Premis
Bagi usahawan Industri kecil & Sederhana (IKS), perkara yang mereka selalu lakukan kesilapan sebelum memohon pensijilan halal adalah ubahsuai mengikut citarasa sendiri.
Ya. Ini memang sangat selalu berlaku.Mengikut citarasa sendiri dan bukannya mengikut garis panduan yang di tetapkan.
Sepatutnya mereka mengikut standard dan piawaian yang telah ditetapkan dalam garis panduan premis GMP dan bukan mengikut citarasa sendiri.
Eh.. Tapi.. nak mohon halal, kenapa mesti ikut GMP?
Perlu tahu bahawa pensijilan halal ini terbahagi kepada dua aspek iaitu aspek sains dan syariah.
Di dalam aspek sains inilah ia mengambil sedikit standard yang terdapat dalam GMP dan HACCP.
7 Kesilapan Pemohon Semasa Memohon Pensijilan Halal
Ini antara kesilapan yang sering dilakukan oleh usahawan IKS yang boleh menyebabkan kerugian ribuan ringgit:
- Tidak Menyediakan “Process-Flow”
- Tidak Menyediakan Bilik Khas Pekerja
- Sistem Saliran Yang Tidak Teratur
- Permukaan Dinding Yang Tidak Sesuai
- Siling Cantik Tapi TIdak Ikut Spesifikasi
- Kurangnya Kemudahan Sinki Basuh Tangan
- Tersalah Pilih Lokasi Premis
Tidak menyediakan proses flow
Soalan pertama yang akan ditanya oleh pihak perunding/consultant sekiranya anda mendapatkan khidmat nasihat mereka untuk buat susun atur premis ialah:
“Boleh terangkan process flow kerja pemperosesan?”
Soalan yang sama juga akan ditanya apabila auditor halal melawat premis anda untuk tujuan audit.
Bayangkan sekiranya anda sudah siap menjalankan pengubahsuaian premis dan telah berbelanjakan puluhan ribu baru nak semak bahagian ini, akibatnya anda akan terpaksa mengeluarkan lagi duit ribuan ringgit untuk pengubahsuaian semula mengikut garis panduan keselamatan makanan.
Tidak menyediakan bilik khas pekerja
Ini paling banyak sekali pengusaha IKS gagal untuk siapkan.
Ya.
95% dari client kami gagal sediakan ruangan khas ini. Nampak seperti remeh tapi sangat penting.
Pekerja anda perlu melalui bilik khas ini sebelum memasuki ruangan pemperosesan makanan. Perkara asas sebegini sebenarnya sudah di tegaskan semasa sesi Kursus Penegndalian Makanan tetapi jarang peserta ambil serius tentang hal ini.
Di ruangan ini juga mereka akan menyimpan barangan peribadi mereka dan aksesori-aksesori yang tidak dibenarkan masuk di dalam kawasan pemperosesan seperti yang kita pelajari di dalam kursus asas pengendali makanan.
Bila dah ada ruangan khas sebegini, baru lah tiada lagi kes terjumpa topi keledar di sebelah rak bawang!
Sistem saliran yang tidak teratur
Sistem saliran sangat penting di bahagian pemperosesan untuk memastikan kerja-kerja pembersihan menjadi mudah dan efektif.
Lantai ruangan pemperosesan hendaklah sentiasa kering dan tiada takungan air untuk mengelakkan 2 sebab utama:
A – pemangkin pembiakan bakteria
B – keselamatan pekerja (mengurangkan risiko jatuh kerana lantai licin).
Jadi, rancanglah dengan betul saliran air keluar di kawasan premis anda dan dapatkan nasihat pakar supaya anda tidak tersalah membuat pengubahsuian ubahsuai dan di akhirnya menanggung risiko dapur banjir akibat saluran tersumbat!
Permukaan dinding yang tidak sesuai
Dinding pula harus direka bentuk dan dibina bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan.
Ia juga perlu di reka bentuk dengan mengambil kira ruangan yang memungkinkan haiwan perosak dari masuk ke dalam premis.
Permukaan dinding dan sekatan dalam dapur dan bilik bahagian pemperosesan harus diletakkan dengan bahan halus, tahan lama, tidak diserap dan mudah dibersihkan (misalnya jubin kaca atau keluli tahan karat) yang mana ketinggian tidak kurang dari 2 m.
Selebihnya boleh di cat sahaja.
Anda perlu tahu di Malaysia ini ada syarat-syarat khas yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Sila rujuk syarat-syarat yang ditetapkan kerana ada sesetengah PBT yang meletakkan syarat agak ketat.
Siling cantik tapi tak ikut spesifikasi
Semasa kami membuat lawatan ke salah satu premis (dapur katering) pelanggan kami, kami tergamam melihat kecantikan hiasan silling dinding di bahagian dapur tersebut.
Dihias seperti kafe hipster tetapi malangnya pencahayaan yang tidak mencukupi dan siling yang dicat dengan warna hitam kesemuanya adalah sangat tidak mematuhi keperluan GMP yang baik
Pengubahsuaian siling perlu dijalankan dengan hanya perlu dicat dengan warna yang terang, iaitu sebaiknya warna putih dan tiada ruangan lubang yang boleh menjadi laluan kemasukan makhluk perosak ke kawasan pemprosesan.
Pastikan anda tidak pakai kipas siling di kawasan ini.
Ya anda pasti akan cakap anda akan selalu cuci.
Tetapi realitinya, ia tidak terjadi.
Kurangnya kemudahan sinki basuh tangan
Pastikan anda sediakan banyak kemudahan sinki untuk membasuh tangan.
Sediakan sinki untuk pekerja mencuci tangan di bilik khas pekerja, sebelum memasuki ruangan pemperosesan dan didepan pintu memasuki tandas bagi menjamin kebersihan diri pekerja.
Kebanyakan yang terjadi, sinki basuh tangan digunapakai sekali sebagai sinki basuh sayur & ayam. (menggunakan singki yang sama)
Please..
Tersalah pilih lokasi premis
Ini paling sedih.
Walaupun jarang berlaku tetapi perlu diberi perhatian.
Tahukah anda, anda tidak boleh menjalankan operasi pengeluaran makanan di kawasan industri di mana terdapat bengkel-bengkel motor/kereta, pusat kimpalan dan kedai-kedai yang berkait dengan pemotongan besi seperti kedai buat ‘grill’ atau pagar.
Anda juga tidak boleh beroperasi di kawasan yang telah ditetapkan oleh PBT sebagai premis jualan, bukan untuk pemperosesan.
Hal ini akan menjadi semakin rumit apabila Deposit sudah dibayar dan sewa pun sudah berbulan-bulan, tetapi permohonan lesen premis tidak diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan apatah lagi nak mohon pensijilan Halal dan lain-lain.
Berapa Jumlah kerugian?
Anda kira sendiri!
Kesimpulan
Kesilapan-kesilapan ini dapat dielakkan dari awal sekiranya perancangan dibuat dengan lebih teratur sekaligus anda akan dapat merancang dengan baik untuk membesarkan perniagaan anda.
Kenapa?
Sebab bila anda ada perancangan membesarkan perniagaan anda, anda tidak boleh lari dari mendapatkan pensijilan Halal, Mesti , GMP, HACCP setidaknya.
Semua standard pensijilan ini pasti menitikberatkan point-point yang dinyatakan diatas.
Sekiranya anda tersalah buat langkah, pasti anda perlu membuat pengubahsuaian semula. Anda kene panggil semula kontraktor untuk mengubah struktur-struktur yang telah dibuat mengikut syarat-syarat pensijilan ini.
Rugi Kan?
Anda ada pengalaman sebegini? Boleh kongsikan bersama kami dalam ruangan komen 😉
mcmna nak daftr ssm.produk home made pn kan dafatr jgk ke.
Assalamualaikum Noorizan Ahmad,
Terima kasih kerana berkunjung ke laman web kami.
Untuk pendaftaran SSM, mesti dibuat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Semak lokasi terdekat http://www.ssm.com.my
Setiap perniagaan adalah wajib berdaftar dengan SSM.
Kalau berniaga dari rumah, wajib juga daftar SSM.
Daftar enterprise sahaja dulu, kurang dari RM100 sahaja setahun.
Semoga menjawab 🙂
saya meniaga kambing perap..mcm mana nak dapatkan pelan susunan dalam/dapur premis mengikut yang pihak berkuasa mahukan?
Hai Lin,
Tahniah Lin kerana menceburi perniagaan kambing perap. Walaupun ramai pemain dalam perniagaan kambing perap, tetapi pasaran sangat luas dan ada potensi yang besar untuk pergi jauh.
Untuk makluman, pihak berkuasa tempatan seperti Majlis perbandaran tidak melihat aspek susun atur premis.
Mereka akan meneliti dari segi kesesuaian infra premis itu sahaja seperti keperluan pemasangan jubin (Tiles), kebersihan, pemasangan Greese trap dan aspek-aspek yang berkemungkinan penyebab pencemaran persekitaran.
Susun atur dapur premis itu adalah di dalam bahagian Good Manufacturing Practice (GMP).
Sekiranya Lin ingin memohon pensijilan MeSTI, GMP atau Halal, susunatur ini akan disemak oleh pegawai tersebut.
Pada pendapat saya secara peribadi, perniagaan terutamanya berasaskan daging ini sangat penting untuk mendapat pengiktirafan halal.
Ia bukan sahaja memberi tambah-nilai (Value-added) kepada brand, tetapi menghilangkan keraguan pembeli untuk membeli produk Lin.
Semoga dapat penjelasan, sekiranya ingin mendapat info lanjut boleh ikuti program Let’s Chat 100% PERCUMA.
Terima kasih
AF
HRDF Training Provider | MIHA JAKIM’s Strategic Partnership | MOH Certified Food Handler Training Provider
Saya menjalankan perniagaan pemprosesan/pembuatan roti kering di kedai pejabat 2 tingkat & ingin mengemukakan permohonan lesen premis perniagaan kepada pihak PBT di bawah kategori perusahaan makanan/menjual & membekal makanan/minuman.
Adakah lokasi & premis saya boleh memohon sijil HALAL?
Assalamualaikum Cik Hafsah,
Terima kasih kerana melayari laman web kami. Soalan yang bagus.
Untuk makluman, premis tersebut layak untuk memohon pensijilan halal Malaysia tertakluk kepada kelulusan Lesen PBT bagi premis tersebut.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan syarat-syarat, cara dan kos pensijilan halal, mohon layari http://www.jommohonhalal.com
Semoga ini dapat membantu Cik Hafsah dalam permohonan halal Malaysia.
Jangan lupa untuk dapatkan sijil kursus pengendali makanan untuk semua kakitanga, sekiranya belum mendaftar, sila dafftar dahulu di Kursus Pengendali Makanan #1 Malaysia
Semoga menjawab persoalan.
saya menyewa sebuah lot kedai yang luas, saya maksimakan ruang hadapan kanan sebagai cafe, ruang bhgn kiri sebagai bakery dan ruang belakang sebagai tempat pemprosesanproduk muruku, baking dan lain2produk. ruang dapur cafe terpisah dengan partition dengan ruang pemprosesan. adakah saya layak memohon sijil hala atau perlu membuat susun atur semula.
Assalamualaikum Cik Fatirah,
Terima kasih kerana berkunjung di laman web kami.
Dari apa yang puan Cik nyatakan, banyak bisnes yang Cik jalankan di dalam satu premis.
Perniagaan Cik layak untuk memohon pensijilan halal namun agak sukar sekiranya susun atur di buat tidak mengikut garis panduan.
Seeloknya perniagaan tersebut di asingkan.
Cafe di khaskan satu premis dan pembuatan produk yang lainnya di premis yang lain kerana pensijilan halal di bawah skim yang berlainan.
Seeloknya Cik mendapatkan khidmat konsultan bagi permohonan seperti ini.
Terima kasih.