Pengiktirafan MIHA Sebagai RS – Pembangunan Kapasiti Halal
Malaysia International Halal Academy atau MIHA merupakan sebuah badan yang ditubuhkan di bawah JAKIM yang bertanggungjawab untuk menguruskan pendaftaran syarikat atau agensi sebagai Rakan Strategi (RS) yang akan menggerakan aktiviti Training & Coaching di dalam dan luar negara.
Program Training & Coaching merupakan modul di dalam Pembangunan Kapasiti Halal (PKH) yang berteraskan ‘Halal Knowledge Economy‘ (HKE) yang melibatkan industri halal dalam dan luar negara yang bertujuan memperkasakan pensijilan Halal Malaysia.
Pada 20 June 2019, Dato’ Dr. Sirajuddin Bin Suhaimee merasmikan majlis penyerahan sijil pengiktirafan kepada 20 syarikat yang telah memenuhi piawaian dan garis panduan yang ditetapkan sebagai RS MIHA.