Restoran Rebung Dato’ Chef Ismail – Kursus SLPM In-House
Kursus In-House di Restoran Rebung Dato’ Chef Ismail
Ribuan terima kasih kami dari pihak pengurusan Sekolah Latihan Pengendali Makanan Al-Barakah Training Centre PLT kepada Dato Chef Ismail, Tuan Mohd Zulfahmi dan keseluruhan kakitangan Restoran Rebung Dato’ Chef Ismail diatas kesudian memilih kami untuk memberi latihan 2 sesi kepada 39 kakitangan restoran berkenaan keselamatan & kebersihan makanan.
Sijil Latihan Pengendali Makanan
2 sesi kursus dijalankan di dalam ruangan ini pada sebelah pagi dan sebelah petang memandangkan jumlah keseluruhan peserta melebihi syarat maksimum peserta kursus iaitu seramai 30 orang.
Oleh itu kursus terpaksa dibahagikan kepada dua sesi.
Sesi minum Petang
Terima kasih atas jamuan yang dihidangkan. Goreng pisang nampak biasa-biasa tetapi rasa sungguh luar biasa!
Dihidangkan bersama sambal kicap ala citarasa orang Johor.
Suntikan Typhoid In-House Pengendali Makanan
Program ini disudahi dengan sesi suntikan typhoid seramai 16 orang.
Doktor diaturkan untuk hadir bersama memberi suntikan typhoid.
Pertanyaan berkenaan kursus pengendalian makanan In-House?
Sekiranya Tuan/Puan ingin mendapatkan perkhidmatan kami seperti ini, sila hubungi kami dengan kadar segera.
Penyediaan sebut harga dalah PERCUMA.
Sila lawati Laman Pendaftaran Kursus Pengendali Makanan, dan pilih “Mohon Quotation”
Atau Hubungi Team Kami:017-739 1942 | 017-647 9247