Masterclass by ABTS merupakan inisiatif program PENJANA100+ Halal PKS yang misinya adalah untuk membantu usahawan produk makanan meningkatkan kualiti produk makanan dengan bimbingan latihan & geran meliputi 3 elemen iaitu
- Bisnes – Menaiktaraf perniagaan mikro dengan ilmu teknikal bisnes yang betul
- Halal – Membantu usahawan mikro dan kecil memperoleh pensijilan halal
- Keselamatan Makanan – Membantu usahawan mikro dan kecil mengurus aspek keselamatan & kualiti makanan dengan latihan ke arah pensijilan seperti MeSTI, GMP dan HACCP.